السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Parut kelapa digoreng
bersama gula melaka @ gula merah
agar nampak warna dalam gambar.
Tepung gandum setengah kilogram
dikacau bersama air pandan atau
pewarna hijau.
Kacau sehingga tiada ketulan tepung.
Panaskan kuali dengan api sederhana
dan renjiskan sedikit minyak atas kuali
agar lapisan kuih tidak melekat,gunakan
agar lapisan kuih tidak melekat,gunakan
sudu yang sederhana dan mulakan
memasak kuih lenggang ini seperti
dalam gambar.
Kelapa yg telah digoreng letak tengah
kuih dan mulakan untuk mengelungnya
seperti dalam gambar.
Hidang dengan secawan teh untuk
seisi keluarga.
Dua di tengah adalah puteri2 etuza.
Dan yang bertudung hijau muda serta
senyum itulah punya air tangan kuih
lenggang versi Pesona Blog yang telah
menyempurnakan hidangan sarapan pagi
kami hari ini, sempena cuti hari pekerja.
Ok ke tak ok..inilah sememangnya
Kuih Lenggang Tradisional orang-orang
Melayu.
Resipi ( bahan2 Kuih Lenggang )
Versi Family Etuza.
RM 2.00 kelapa parut putih
setengah kilo tepung gandum
2 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu gula
sedikit pewarna hijau ( jika hendak warna hijau lebih terang)
gula melaka hancur.
Cara2 membuat sudah dinyatakan bersama gambar2.
Selamat mencuba.
Kekalkan warisan.
Resipi versi family etuza.
18 Pesona Kata Hati Mereka:
kuih feveret sy ni bang....lapar pla tgok gmbar2 tu, belum sarapan lg ni....hehe... :)
oh, kitorg panggik kuih ketayap....
oh kuih ni kalau kat kelantan panggil kuih ketayap. sedap. :)
Yup, ada saya baca resipi ni di blog Kamsiah. Kat sana kata kuih ketayap, di Sabah Kuih Lenggang, sebab kata mereka kena lenggang2kan kuali atau sudu kena pusing2 agar terbentuk lebar kuih ni.saya penggemar kuih ketayap ni Ez-1.cik Na dan cik ayuni..suka makan. Nilah anak buatkan..
dah ada anak dara yang boleh membantu urusan di dapur dah cikgu etuza ye.. hehe.. betullah kat sini panggil kuih ketayap...
pandai anak Etuza buat kuih ni...kami panggil kuih dadar/kuih ketayap - suka makan - tapi malas nak buat...susah le !!!
mak sedara dkna jual kuih nie..memang sedap dan laris di kedai kopi..tapi sayang, dkna tak suka makan sebab ada kelapa dan agak manis intinya :(
Hamboiii...sedapnye cikgu... terima kasih kongsi resepi kat sini....resepi sabah ye.. semenanjung ada juga cuma nama berbeza..
saya punya mama slalu buat ne kuih lenggang...tpi dia ada kuali khas tu kan yang rata punya..saya buat nda pndai jadi tu cikgu..tangan tiada seni..hihi
Dieyna n sonata, boleh lah dia buat. ringan lah sedikit kerja2 dapur mak dia. Baru balik dari Labuan tu. Gembira juga sebab tiba2 dia buat, katanya nak refresh balik mak dia ajr dahulu.
haaa...saya panggil kuih dar gulung ni....antara kuih kegemaran saya jugak ni.....heheheee
wahh..sedpnyer..! di perak, kami panggil kueh ketayap.. :)
mmg sedap di mkn... :)
suka kuih tu... kuih ketayap ... huhu
suka kuih tu... kuih ketayap ... huhu
kalau kat johor, kuih ni dipanggil kuih tepung dadar..
thanks etuza krn berkongsi resepi.
baru tahu...hehehe...ndak suka makan...entah mengapa
Salam..
Selepas saya baca komen2 entry ni,barula saya tahu,kuih ni banyak nama..hehe. Saya disini pun panggilnya kuih ketayap..disana kuih lenggang ya.. kat johor? kuih tepung dadar.. lihatlah, keunikan org Melayu, kuihnya sma, tpi diberikan banyak nama.. :)
ehhh. ni kuih gulung. fevret hubby ni. huhu. wajib try buat. ;)
Catat Ulasan