السلام عليكم ورحمة الله وبركات
" Lepas makan malam, kena ulangkaji pelajaran, buat kerja rumah mana yang belum siap, sebelum tidur amalkan membaca bahan bacaan dulu, ingat tu pesan bapa " atau
" Adakah membuat pembacaan buku hari ini, kena rajin membaca sebab dengan membaca kita secara langsung akan banyak memahami ilmu dan kaya dengan perbendaharaan kata, kalau menulis karangan memang mudah saja kita dapat idea yang baik- baik, sebab tu orang yang rajin membaca keputusan ujian BM dia A tau"
Hebat kan amalan membaca, mudah sangat dilakukan di mana-mana. Tetapi kenapa rakyat Malaysia dikatakan % yang amalkan gaya hidup membaca sangat kurang dan amat rendah berbanding dengan negara maju di Dunia. Sependapatkah dengan saya bahawa oarng-orang yang rajin membaca inilah golongan orang-orang yang bakal maju dalam bidang pelajaran dan apa sahaja usaha orang itu akan tercapai dengan mudah. Maksud saya orang atau pelajar yang rajin membaca luas pengetahuan dan banyak pengalaman, of course lah mesti berjaya menjawat tugasan yang tinggi dalam sektor pekerjaan. Sure percayalah.
Jemput tengok gaya membaca dalam gambar ini.
1. Antara manfaat membaca ialah menghilangkan
perasaan was-was, gelisah dan sedih.
2. Dapat menyibukkan diri seseorang dari
kegiatan para penganggur.
3. Mendapat berbagai ilmu yang berlimpah
serta berbagai-bagai pemahaman dari
satu masalah.
4. Menambahkan keimanan, terutama
membaca buku-buku berkaitan dengan
agama. Sebab kitab itu penasihat dan
pemberi peringatan.
Kalaulah macam itu diucapkan rajinlah membaca.
Etuza.
17 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam..
amalan membaca, terlalu banyak sangat manfaatnya.
Uncle,kita alami satu masalah..org sekeliling kita, tak gemar membaca, kalau gemar pun, setakat akhbar saja. Susah nak ubah mentaliti mereka, kebanyakkan pikir,membaca tuk menghadapi exam saja..
Tambahan pada entry uncle, membaca mendatangkan manfaat,antaranya:
-kita boleh perbaiki dan memperkayakan tatabahasa, perkataan yang kita guna sehari2an.
-dapat berkongsi pengalaman. Kita ambil contoh mudah, kalau membaca pengalaman org lain keluar negara, sekurg2nya kita tahu sedikit sbnyk apa yg ada disana.. mngkin leh jdi panduan buat kita yang merancg utk kesana.
-dpt mengasah imaginasi. Apabila membaca, tak mungkin kita akan membaca je, mesti dalam kepala, kita akan membentuk imaginasi terhadap pa yg kita baca. Lagi2 kalau bahan bacaan seperti novel, yg berbentuk penceritaan.
-amalan membaca terbukti melambatkan proses penyakit nyanyuk dan lupa apabila kita meningkt usia.
dan banyak lagi..hehe. tu jela, kang panjang sgt jadinya,hehe
entry yg bagus buat sy etuza, nak tahu, sejak sy berblog ni lah baru sy minat membaca, bukan sbelum ni tak minat, cume kureng lah.. thanks etuza..
Tlana n NH tq sokong entry saya yang berkaitan membaca. Kadang tertanya bila lah anak2 saya ni lebih gemar membaca, sebab ala kadar ja mereka membaca.
membuatkan otak kita sihat..
ye betul. membaca amalan mulia. besenye budak yg ulangkaji lepas skolah smmgnya budak pandai. ;)
Salam..
dah lama tak singgah sini...:)
Cikgu Sihat??
Dengan membaca itu la ilmu kita bertambah..betul tak?
membaca amalan mulia... tp jadi tak mulia kalo bahan bacaan membawa ke arah negatif.. bacalah bahan berfaedah utk ilmu penuh di dada.. insyaAllah..
Salam..kenapa uncle?anak2 kurg gemr membaca? urm..uncle boleh mulakan dgn membawa mereka kekedai2 buku ke, perpustakaan berhampiran..atau, kalau nak lebih terkesan kan, bawa mereka ke rumah rakan uncle yg ada anak sebaya dengan uncle, pada masa sama, anak2 kwn uncle minat membaca, kat rumah mereka ada rak buku misalannya.
Saya bersyukur, dan bertuah..saya tidaklah didedahkan dgn budaya membaca dalam keluarga. Cuma, permulaannya dari keluarga angkat saya. Mereka skuarga sgt gemar membaca, dirumah banyak rak buku..dari situ,minat tu lahir dgn sndirinya..bila tgk anak2 kuarga angkat tu, salu dan rajin membaca..
cikgu, saya sebelum tidur, saya harus membaca walau pun sekeping nota..tak dapat tidur saya kalo tak membaca sebelum tu..(^_^)
betul..mbaca dapat buat otak kita bkembang.. memikir apa yg di baca....di saat terasa otak bkerja di saat kita memikirkan sesuatu, perasaan itu amatlah menakjubkan. kadang2 boleh myebabkan otak kita terasa penatkan...
i like reading hehe... kena pupuk dari kecil,,, dah besar payah nak ajar dah kan
solehah kalau stress akan baca buku,pelikkan?Solehah suka gila kat buku sebab tu jadi librarian=)
saya membaca bila ada kelapangan...tapi nak kata saya ni rajin sangat membaca pun tak juga...hehee
Assalamualaikum uncle. Lama x singgah sini.
Membaca memang banyak manfaatnya. Kata cikgu saya dulu, "kuasailah dunia dengan membaca".
Tapi, kena berhati-hati dalam pemmilihan bahan bacaan.
baca komik ok jugak. hehe
Seperti saudara Nasir, saya juga kurang membaca. Tapi hanya beberapa tahun yang lepas, saya mula berminat untuk membaca novel-novel tetapi di dalam versi English, and dengan cara itu saya dapat belajar penggunaan tatabahasa dan sebagainya.
sekarang memang kna membaca...exam menanti...terpaksa tinggalkan buku2 feveret lain seketika
terima kasih semua yang drop komentar amat2 bernas. positif mind terhadap gaya hidup membaca. Khas tylana, tq dengan tip2 amat baik diamalkan. Insyaallah ya.
Catat Ulasan