السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Memang seronok melihat telatah anak-anak khususnya anak saya yang masih kecil dua orang tu. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun, mereka riang berlari ke sana sini, dengan gelak ketawa yang menggembirakan saya dan maknya, tawa riang itu menunjukkan mereka normal sebagai kanak-kanak bawah 12 tahun. Keriangan itu saya saksikan kala saya bawa 6 orang anak saya bercuti selama 2 hari di Kota Kinabalu, dengan menginap di Park Dynasty Tang Hotel Kota Kinabalu. Kalau yang dah berusia bawah 18 tahun tu ( 4 orang ) bersama mama mereka, pastilah seronok mereka klik2kan kamera dia. Inilah peluang nak ambil apa saja gambar menarik ketika kami bersiar-siar di Karambunai Resort, Kota Kinabalu.
oleh kerana kami masih bercuti di Kota Kinabalu Sabah, hanya ini dahulu dapat dikongsikan ya. Insyaallah ada kelapangan masa idea mencurah2 bagaikan hujan baru nak buat entry lagi lah tentang percutian kami. Rasa seronok nak kongsikan kepada teman2 blogger.
29hb Mei saya bawa anak2 ke Karambuani Resort, first time ke sana bersama keluarga. Anak sulung lelaki saya ada program kajian bulan di Ranau, Sabah so anak lelaki pertama saya tak ada dalam gambar ya. Apa menarik kat karambunai? Alamak! kecut perut dengan jeritan ni.
Mama ada buaya!!!, anak saya yang sedang merenung sesuatu di kolam bawah tangga menjerit sambil tunjukkan ke arah benda yang sedang berenang menuju ke arah kami semua. Mulanya saya ingatkan buaya tul2. Bila hampir dekat, rupanya hanya seekor BIAWAK. Menariknya biawak tu makin hampir tapi dia tenggelamkan badan lah pula, hanya perlihatkan kepalanya sambil pose melihat kami. Saya tanya kepada pekerja kebun di sana, katanya biawak tu datang sendiri sejak kecil dan akan muncul sesekali menghiburkan para pengunjung. Ha! terjawab lah teka-teki anak gadis saya ni yang ketakutan akhirnya merenung ke arah biawak seperti posing dia di gambar. tengok tu..dia tak sedar kakaknya ambil gambar dia, best juga sesuai dengan entry Cutikan ~ Part 1 saya di blog Pesona. Ha ada tak pesona entry etuza kali ni.
Buaya!!!
biawak lah...
Bye2 dari cutikan~etuza.
22 Pesona Kata Hati Mereka:
Memang anak2 perlu didedahkan dgn keindahan alam sekitar agar mereka menghargainya bia dewasa nanti.
Pasti seronok bercuti kan? Saya dan famili akan bercuti ke Melaka dan Johor mulai Jumaat ini...
hahaaha.. kalo deqla tgk ni pun mesti sgka boye gak nii...hihi
seronokkan pergi bercuti.. Dieyna gak duk kat rumah je cuti2 macam ni...
wah cikgu..besar juga biawak tu.. seronoknya dpt bercuti di karambunai.. kena naik bot ke cikgu ke sana? berapa bayaran? ada penginapan ke kt sana?teringin nk kesana..
hehe..besar kut biawak tu..2sbb dia pnggil buaya
cik pon biasa gak panggil biawak sbg buaya..hik3
tgok anak gembira kita pon happy..:)
selamat bercuti cikgu..:)
selamat bercuti cikgu etuza. :)
besarnye biawak tu..patutlah anak cikgu pun kata buaya..hehe~
wah seronoknya cikgu dan anak2 bercuti...
semoga berbahagia dan bergembira bersama keluarga cikgu :)
sye dulu pun time kecik2 ssh nk beza biawak n buaya...
wah seronok pergi bercuti ni, dapat merawat hati yang lara.. hehe.. etuza jangan lupa postkan gambar2 menarik sekitar sana yer...
selamat bercuti..
hahaha...buaya ye? dulu waktu kecik2 hafiz pun sangka buaya tu biawak...terkejut semua orang...hahaha
aiyakkkkk. buaya junior ni. kalau saya yang nampak, pasti cuak juga. ;)
selamat bercuti=)mmg nampak kepala2 mcm buaya..seram
biawak tu nampak cam anak buaya ja kan...ish geli geleman bila nampak reptilia ni
seronoknya bercuti bersama keluarga..
selamat bercuti ye cikgu..:D
bestny bawa anak2 jalan2;)
haha...kalau Masha pun Masha jerit buaya!!!!!!!!!
biawak dikatanya buaya...bikin suspen sahaja.. huhu
tulah, nampak seolah2 macam buaya kan..biawaklah.
tak takut orang pun haiwan ni.
malah nak dekat pula, tu hampir tu, cuma dia tenggelamkan badan lah pula..
haha igtkan betul2 buaya....biawak rupenya...
Catat Ulasan