Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 25 April 2012

Kemuliaan keperibadian rasulullah S.A.W- Ikutan terbaik

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Mudahkan urusanku ya Allah agar sampai diBumiMu
Mekah. Ingat Rasullullah terasa hiba dan ..dapatkah
Syafaat nabi.Wallahualam.

    Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa semua kaum di Arab sepakat memberikan gelaran kepada  Baginda s.a.w sebagai " Al-Amin", ertinya orang yang benar-benar dipercayai, sedangkan ketika itu baginda belum dinyatakan sebagai nabi. Peristiwa ini, belum pernah terjadi dalam sejarah Mekah dan Dunia Arab. Hal itu menjadi bukti bahawa Rasulullah s.a.w memiliki sifat itu dalam kadar begitu tinggi sehingga dalam pengetahuan dan ingatan kaumnya tidak ada orang lain yang dapat dipandang menyamai hal itu. Kaum Arab terkenal dengan ketajaman akal fikiran.

Blog Pesona EWWK tertarik hendak kongsikan satu daripada sifat rasul kita, iaitu dalam bab menjaga lidah.

Diriwayatkan tentang Rasulullah s.a.w bahawa segala tutur kata baginda sentiasa mencerminkan kesucian dan bahawa baginda ( tidak seperti orang kebanyakan di zamannya) tidak pernah bersumpah. Hal itu merupakan suatu kekecualian bagi bangsa Arab. Kita tidak mengatakan bahawa orang-orang Arab di zaman Rasulullulah s.a.w biasa mempergunakan bahasa kotor, tetapi mereka di dalam banyak keadaan suka melafazkan sumpah dengan sewenangnya, sesuatu kebiasan yang masih tetap berlangsung sampai hari ini juga. Tetapi Rasulullah menjunjung tinggi nama Tuhan sehingga baginda tidak pernah mengucapkannya tanpa alasan yang sepenuhnya dapat diterima.

Rasulullah s.a.w tidak pernah bercakap melainkan perkataan yang baik dan memberi faedah kepada kaumnya, begitu juga baginda tidak pernah berbohong walaupun ketika bercakap dengan orang-orang yang menentangnya.

Marilah menjaga lidah yang tidak bertulang ini. Ada pepatah mengatakan bahawa " kata-kata nista itu lebih tajam dari pisau belati" bayangkan sakinya hati dengan hanya tusukan kata-kata dari lidah kita. 

Salam ukuhuwa etuza.
Pesona Blog EWWK.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

11 Pesona Kata Hati Mereka:

Ayuni berkata...

betul, pastu camne ngan org yg x jg jari, taip umpatan kat fb....

Unknown berkata...

Ayuni..hujung jari itu didasari oleh kata hati ya, baik yng di tekan kata2 baiklah kita baca, x baik huruf kata tak baiklah kita membaca. Tak apa kita yg tahu berbaktilah apa yg baik ke dunia maya..ya.

insan_marhaen berkata...

BAHAYA LIDAH

1)Akan bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2)Berlebih-lebihan apabila bercakap dan berkata-kata.
3)Bercakap perkara tidak benar:iaitu berbohong.
4)Akan berlaku pertengkaran.
5)Akan menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya.

kalau tidak takkan lahir kata2 'Lidah itu lebih tajam dari mata pedang'

Miss N™ berkata...

setuju sgt2...kata2 dapat melukakan hati sesiapa saja..xperlu guna pisau atau senjata lain,,cukup dengan kata2..boleh buat kita sesama manusia bpecah belah...

nasir hamzah berkata...

yer kan, kadang bila kita bercakap ikut sedap mulut jer, tak fikir perasaan orang lain..

keperibadian rasulullah cukup sempurna, sama-sama lah kita mencontohinya... thanks etuza kerana mengingatkan...

Kancil 8349 berkata...

betul - betul

~Cik Sweety~ berkata...

saya setuju cikgu..kerana lidah, badan binasa..tapi skrg, kerana post, blog binasa..hihi..gurau2 saja cikgu..

Arina Shamsul berkata...

subhanallah betapa mulianya pekerti rasulullah :) mari kita perbanyakkan selawat keatas junjungan kita muhammad s.a.w.

Kamsiah yusoff berkata...

diam itu lbh baik dari berkata2 perkara yg tak berfaedah...(lidah pun tak letih asyik pot pet pot pet)

dieyna berkata...

Selawat ke atas Rasulullah S.A.W

sekarang ni bukan lidah je kena jaga tapi, penulisan kita pun turut kena jaga.. kalau tak boleh menimbulkan fitnah,,,

9n0L4 berkata...

sgt betul. kerana mulut badan binasa. ;)