(Inila Lebah bergayutatan antara satu dengan yang lain dekat jaring hitam)
Salam..ikhlas.
Nampak sunyi ja teman blog pada sabtu ni. Pasti mereka semua beristerehat setelah penat perah otak belajar dan asyik kuliah atau penat kerah tenaga bekerja di Pejabat mengikut tugasan masing-masing. Teman guru juga pasti berehat dihujung minggu ini. Nampak mereka semua ambil kesempatan berehat dan pastinya memenuhi janji kepada anak-anak untuk bersiar-siar di tempat yan menarik.
Catatan saya kali ini cuma sekadar nak bercerita 2 pengalaman yang saya kira sesuatu yang sukar saya lupakan hingga kini.
Pengalaman pertama ialah pada suatu pagi yang dingin setelah fajar menyinsing, saya seperti biasa keluar rumah untuk melihat kehijauan sang bunga di laman serta kehijauan sekeliling laman kami. Memang di sekeliling rumah kami banyak hijauan pepohon,cuma masa ini pepeohon itu ditebang untuk projek penanaman getah baru. Memang setiap hari saya keluar rumah cuma pada hujung minggu saya agak lama di luar hirup udara segar sambil mlihat tumbuhan hijau.
Semasa asyik memerhati tumbuhan hijau, saya berdiri dan berjalan di hadapan rumah, di hadapan rumah kami saya telah memasang jaring hitam sebagai menghalang matahari terik mengeringkan bunga kami.Masa berjalan nyaris kepala saya terhantuk atau terkena lelebah yang sedang berpaut pada kayu pengikat jaring hitam seperti dalam gambar. Saya berdiri tepat di kepala lelebah itu, jika tergoyang lelebah yang baru nak membesar itu habis wajah dan kepala saya kena sengat. Aduhai Allah syukurlah tak tersentuh dengan lelebah itu.Bayangkanlah jika kena kepala saya lelebah yang ratusan bergayutan itu. Sakit rasanya bila kena sengat.
Baru pagi hari itu lelebah itu melekat di situ.Sebenarnya lelabah itu bersarang di celahan dinding rumah kami di atas, sebab kat bawah kongkrit( simen). Saya hairan kenapa bergayut kat situ. Takut jg bila anak-anak berlari terlanggar lelabah itu. Saya pesan kepada semua ahli ruma agar tak langsung ganggu lelabah itu, adalah seminggu lelebah itu melekat di jaringan hitam. Selepas seminggu hilang entah ke mana. Yang saya ingat masa tu bung-bunga etuza di laman semakin kurang berbunga dan ada yang dah mulai pupus, saya agak malas time itu nak benihkan semula bunga. Rasanya itu sebab lelebah itu lari, kerana masa ni lelabah itu datang semula masuk ke sarang lama kat atas di dinding rumah kami, sejak hujung tahun 2008 lelebah itu datang sehingga kini kerana mungkin kerana kawasan laman kami banyak bunga sedang kembang berbunga. Ada suatu pagi saya meninjau bunga-bunga dilaman, saya lihat lelabah itu bertengekan di atas kuntuman bunga nak menghisap madu bunga. Bermakna kita dapat lihat tumbuhan bunga itu sangat bersangkutan dengan lelebah dan serangga lain, saling memerlukan antara satu dengan yang lain.
Saya biarkan saja, ada juga saya berpesan pada lelebah itu agar tak sengat anak-anak kami. Kalau nak menumpang kataku buat cara menumpang kami tak ganggu kamu. Mungkin lelebah itu dengar dan tahu adat menumpang kasih di umah kami. Ha itu lah pengalaman pertama saya dimana kepala saya hampir terlanggar lelebah.
Pengalaman kedua ialah berlaku ketika saya baru hendak masuk sebuah kelas tahun empat(4)di sekolah saya SKPK. Kelas ini saya mengajar Pendidikan Jasmani. Murid sibuk tukar pakaian. Saya sambil memandang ke arah padang dan membelakang murid tahun 4, dengan tujuan nak tunggu murid selesai berpakaian PJK.
Tiba-tiba Preppp!!! kuatnya bunyi tak terhingga mengena diding kelas tahun 4 ini. Saya sempat melihat pemadam tulisan di whiteboard jatuh selepas mengena dinding mujur tak kena kepala murid tersebut.
Saya lihat seorang murid lelaki menghumban benda keras itu ke arah kepala seorang murid lain yang juga lelaki. Saya membuat penyiasatan...budak yang dihumban benda ukeras .. tu rasanya macam budak baik, kenapa yang menghumban itu nekad hendak cederakan kawan sendiri.
Kenapa tergamak humban benda keras kepada kawan sendiri. Jika terkena mata budak tu pasti berdarah luka. Oleh kerana berlaku disiplin buruk ini, saya tak jadi bawa murid tahu 4B itu ke padang sekolah. Saya bukan tak kawal murid dalam kelas tu, tetapi keadaan mereka yang bersiap sedia dengan pakaian sukan hendak ke padang menyebabkan saya kurang memerhati ke dalam kelas, time PJK biasanya semua murid aktif dan penuh semangat, saya tak sangka boleh berlaku menhumban benda keras kepada kawan sendiri akibat berejek-ejekkan sahaja. Saya berada dekat pintu kelas sambil melihat kawasan padang. Saya beri mereka nasihat berjela. Murid 10 tahun boleh sudah dengar nasihat . Murid tahun satu lagikan boleh inikan pula murid berusia 10 tahun.
Time beri nasihat seorang murid pun tak cakap, suasana kelas sunyi terus, ada yang tunduk malu ada yang mata bulat macam nak telan saya, ada yang langsung muka tak kesah, ada yang muka kesal berkerut. Yang menghumbah lirik matanya ke kiri ke kanan, yang dihmban berwajah puas hati kerana nasihat mendengar nasihat saya. Budak-budak sekarang terlalu manja, tak pernah kena rotan, tapi saya dulu pernah berdiri atas kerusi hingga jam 2.Hampir menangis saya waktu itu disebabkan saya gagal menjawab matematik yang melibatkan operasi darab.
Saya beri nasihat kepada semua bahawa menghumban orang dengan benda keras tak baik, bahaya dan boleh mencederakan serta kesan terhadap otak. Apa hak kita menghumban orang dengan benda keras. Harap-harap semua murid tersebut sedar dan insaf kemudian menjadi anak yang baik.
Bahaya menghumban orang dengan benda keras kerana:-
1. menyebabkan luka
2. Menyebabkan kecacatan
3. Bila luka susahkan guru juga.
4. Darah banyak keluar, jika lambat dirawat
5. kena mata buta pun ada
6. Bila luka dalam masuk wad hospital
7. tak dapat ke sekolah kerana luka belum sembuh.
8. rekod disiplin murid tercemar dan direkodkan perbuatan salah laku.
9. boleh merosakkan harta benda sekolah.
10.kawan lari jikapun murid itu pintar dalam pelajaran.
11. ramai kawan tak suka berkawan dengan murid yang menghumban tadi.
4 Pesona Kata Hati Mereka:
Salam ETUZA,
ERAKITA rasa Laman ETUZA ni semakin lama semakin cantik dan indah. Bila masuk ke laman ni, rasanya tenang dan santai. Ini juga tanda hati orang yang mengendalikan laman ini punyai hati yang bersih dan ikhlas.
Laman ETUZA adalah sebuah laman yang HARMONIS. ERAKITA dapat menjangkakan bahawa laman ini satu masa nanti, semakin ramai pengunjungnya kerana ada daya tarikan tersendiri. Unsur-unsur keramahan, kesabaran, keikhlasan dan kesantunan budi bahasa jelas terserlah dalam laman ini.
ETUZA mempunyai banyak kelelebihan tersendiri yang mungkin orang lain tidak memilikinya. Lihat saja bukti Allah bagi on the spot depan mata. Lebah, makhluk yang diberi penghormatan tinggi oleh Allah apabila ada Surah khusus dalam al-Quran bernama al-Nahl. Lebah datang dengan penuh rasa gembira dan selamat menumpang di perkarangan taman ETUZA. Jumlah mereka mungkin bukan saja ratusan ribu, bahkan jutaan yang datang. Mereka memakan dan meminum madu dan sari yang ada di taman ETUZA, hasil kerja asli tangan ETUZA sendiri.
Bukankah itu tanda Allah sayang pada kita. Bukankah rumah yang selalu datang itu tandanya pemiliknya disukai ramai. Dan bukankah setiap titis manisan dan sari yang dihisap oleh lebah di taman ETUZA itu adalah sedekah kita yang amat banyak dan bernilai tanpa kita sedar. Yang penting, kita redha, kita ikhlas dan kita gembira atas kehadiran mereka. Insyaa Allah, mereka tidak akan mengapa2kan kita.
Nanti di akhirat kita akan terkejut, betapa banyaknya pahala atas sedekah yang kita semasa di dunia yang kita tidak sangka datang dari kisah lebah menumpang dan menikmati makanan dan minuman di taman ETUZA.
Tahniah.
Wasalam kpda Erakita..semoga sihat hendaknya.
Terharu dengan catatan Erakita..catatan ini memberi saya semangat dan bertambah kesyukuran kepadaNya. Jika itu yang tersirat pada kedatangan makhluk Allah itu, alangkah perlunya kita memberi keamanan kepada makhluk itu dengan tidak menyakiti mereka, sekalipun merosakkan sarangnya atau rumah mereka. Saudara Erakita..saya tidak dapat memberi apa-apa selain ucapan banyak2 terima kasih, semoga Erakita di sayangiNya, moga kita semua disayangiNya dan diberi kekuatan untuk menghadapi kehidupan esok dengan lebih tenang.Ameen.salam fillah..
Ya saya setuju dengan kata2 erakita,laman etuza ini,memang berbeza dari laman yang lain,laman ini banyak mengandungi entri unsur2 nasihat dan pengajaran.
cara penyampaian yang begitu matang dan berbudi bahasa salah satu penarik di laman ini.laman yang boleh membuka minda untuk berfikir
tahniah cikgu :)
eh?cikgu kan?hihi..haraf2 tak silap,,ngeee
Terima kasih, sokongan teman2 blog yg lain.
Ya..tak salah teka..
Catat Ulasan