Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 24 Oktober 2009

Rindu nak post bunga di laman



Asalamualikum..dan salam bahagia.

Selawat ke atas nabi junjungan diakhir zaman Rasul Muhammad S.A.W. Dengan limpah kurnia-Nya masih saya diberi kesempatan untuk terus berkraya, tentunya anda juga diberi kesempatan untuk memuat turun maklumat menarik yang anda fikirkan. Syukur dan terima kasih kepada yang kuasa atas rahmat ini.

Inilah salah satu realiti kehidupan etuza dan family. Kami semua suka melihat bunga-bungaan di laman kami. Alhamdulillah..ada rasa gembira bila melihat kuntuman bunga dan terasa damai serta segar mata ketika pagi melihat dan meninjau bunga2an kami.

Jom sama-sama kita tengok pula beberapa sudut landskap etuza yang saya rekacipta apabila ada kesempatan dihujung minggu. Inilah hasilnya serba sedikit, berbudi kepada bumi hijau.( bab nak post photo ini yang lama tunggu ni..x apa kena sabar,pas ni pi lelaplah)


Anak benih bunga yang telah ditempah oleh kawan-kawan isteri saya.Jual murah ja adalah untung sikit-sikit..ala kadar. Syukurlah dari tak ada.


Mini kolam tayar terbuang, saya letak batu-batuan putih bercorak dan asuan bunga agar ikan tidak dibaham kucing kami.
Pasu seramik yang pecah saya guna semula sebagai hiasan kolam di laman. Ha! ikan sedang ternganga tu..harga RM18.00 sesuai nampak..apa komen anda?..oklah di kampung kan, ada benda ni kira oklah.


Bunga berdaun hijau my favourite flower..tak pernah pupus..segar dan sejuk mata memandangnya.
Pandangan jalanan ke taman bunga..disimen dan diletakkan batu-batuan putih.


Segar mata memandang, terutama awal pagi, di sinilah saya ambil masa untuk segarkan mata. Masa tu saya rasa nafas saya segar dan rasa kuat..dan bersemangat.Itulah nikmat yang saya alami.

Cantuman bunga kuning dan bunga kertas, rekacipta etuza

Kolam yang penuh air..bunga balung dah besar..cantik tak?

Salam 1 Malaysia.See u
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: