Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 4 Disember 2012

Gigi Kamu Putih Ke?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nampak sibuk semua hari ini
Rupanya teman blogger DIEYNA BAHAR
"sELAMAT hARI lAHIR!" mOGA pANJANG uMUR.

Aku pernah kena kejar orang..terkejut masa tu baru 18 tahun, memang lah aku senyum pada orang tu, taukeh cina muda lagi dia masa tu, sedang etuza berjalan di luar kedai dia, tiba-tiba taukeh tu berada di hadapanku, sambil dia kata " cuba kamu senyum " ikkk! terkejut dengan orang ni..dah lah ramai orang dia buat saya macam tu. " Woi! senyumlah.." etuza masa tu geli hati tengok gelagat dia, lalu senyum dan ketawa yang real, kerana amat lucu taukeh tu. Alamak kamu tahu apa dia katakan. " Nah!!! tengok gigi dia cantik sangat, macam gigi sikat rata...putih lagi" " Oooi kau bagi sama saya gigi kau! " ha inilah kata-kata dia. Itu kenangan etuza masa di alam remaja. Remaja katakan.Siapapun pernah alami dan ada kenangan.

Ikkk!!! siapa tak sayang gigi, biar kamu dah berumur kalau gigi kekal cantik putih dan bersih takkan tak mahu. Takkan etuza seorang ja mahu. Gigi ..kalau semua dah rosak kena cabut macam susah lah nak kunyah makanan. ( setujukan ). Kalau dapat, kalau ada kuasa, nak sampai bila-bila gigi kuat dan sihat serta putih dan cantik. Sayang ...ada dah rosak gigi, pernah dah sakit gigi, pernah dah ke cungkil gigi, pernah dah kena bius, kebas2 pipi pun pernah dah, makan tak selera kerana sakit gigi juga pernah..pernahlah sakit gigi. 

Kerana sayang gigi jom mari kita amalkan petua untuk PUTIHKAN GIGI anda dengan menggunakan HALIA. Bagaimana caranya :-
  1. Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat.
  2. Tambahkan sedikit air dan bancuh sehingga sebati.
  3. Kumur dengan air bancuhan air ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur. ( Amalkan setiap hari)
  4. Akhirnya gigi anda bukan sahaja putih dan kuat malah mulut anda rasa lebih segar. ( cubalah petua ini)
@hakcipta terpelihara
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

15 Pesona Kata Hati Mereka:

dieyna berkata...

terima kasih cikgu..... hihi ckplah... saya rajin gosok gigi... hihi

Unknown berkata...

gigi deqla x cantik..hahaha.. dah la tu agak mancung pulak tu seiring dgn idong.. hahaha.. :p

Kamsiah yusoff berkata...

air halia??...hehe demi gigi yg putih cantik...akan dicuba..:)

Si Matatajam berkata...

Sedapnya kek tu...nak skit... Hepi besday kak Dieyna

9n0L4 berkata...

time kasih cekgu. lame dah cari tips putihkan gigi. hee.

Hermanbagus berkata...

haha terimakasih cik gu :)

Chic Na berkata...

baguslah petua ni. selalu dgr guna arang je. tq cikgu. ;)

Miss N™ berkata...

halia..?
Tentu pedaskan cikgu....
tapi nak cubalah nanti.. :)

Nyue berkata...

gigi nyue xberapa nak cantik gakk..huhu..sedeyy...xpe la..nyue tetap bsyukur..hehee..

nak cuba la..ehehe

Mrs Velentine berkata...

nak try petua ni...hehehe..

Unknown berkata...

kepada semua halia tu sepotong ja, bancuh hingga benar2 sebati dengan garam..ala jangan pula diminum ya..masin tu,lepas kumur2 dalam sekitar seminit kumur balik lah dengar air bersih...mudah ja.
Gigi saya sebenarnya ada jg masalah..macam2 gigi ni...apapun gigi tu penting..kena jaga juga..

Abang Karu berkata...

petua yg menarik ni :)

boni kacak berkata...

wah...terima kasih..saya nak cuba la petua ni.. air tu nak letak satu cawan ke cikgu?

lelamaisara berkata...

air halia...pedas le nanti..heheheh
petua yg bagus juga i

Nurul Says berkata...

wah nak cuba jugalah tips ni terima kasihhhh