Halaman

Ahad, 21 April 2013

Kekayaan Surah Al Fatihah

     Mengamalkan Al Fatihah memudahkan rezeki. Ayat yang mengandungi 7 ayat sahaja ini, merupakan surah yang kaya. Kerana surah Al Fatihah mengandungi pujian dan syukur kepada Allah dengan menyebut nama Allah dan sifat-sifat-Nya yang mulia, menyebut Hari Kemudian, Hari Pembalasan dan tuntutan, lalu menganjurkan kepada hamba supaya meminta kepada Allah dan merendahkan diri kepada Allah, serta lepas bebas dari daya kekuatan dirimenuju kepada tulus ikhlas dalam melakukan ibadat dan tauhid pada Allah, kemudian menganjurkan kepada hamba sahaya selalu meminta hidayat taufik dan pimpinan Allah untuk dapat mengikuti shirat mustaqim, supaya dapat tergolong dari golongan hamba-hamba Allah yang telah mendapat nikmat dari golongan Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Shalihin. Juga mengandungi anjuran supaya berlaku baik mengerjakan amal saleh jangan sampai tergolong orang yang dimurkai atau terseset dari jalan Allah.
 7 ayat Al Fatihah berbunyi
Bismillah ( dengan nama Allah )
Ar-Rahman Ar-Rahim ( Yang maha pemurah lagi maha penyayang)
Alhamdulillahirabbil alamin 
( Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara alam semesta)
Malikiyaumidin 
( Raja yang memiliki pembalasan )
Iyyaka na'budu wa iyyaka nas ta'iin
( Hanya kepadaMu Allah kami mengabdi dan haya kepada-Mu pula kami minta pertolongan)
Ihdinaas Shiraathal mustaqiim
( Jalan yang lurus yang jelas dan tidak berliku-liku )
Shiraathalladzina an'amta alaihim ghairil
magh dhubi alaihim waladh dhaallin
( Jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Tuhan atas mereka
dan buka jalan yang dimurkai Tuhan atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat)

Marilah membaca surah Al Fatihah dengan harapan mendapat
rahmat dari Allah. 

21 ulasan:

  1. New info.. Nice sharing

    Jom amalkan selalu

    BalasPadam
  2. Semua surah Allah ada kelebihannya, penawar untuk pelbagai penyakit luaran dan hati...

    BalasPadam
  3. mmg tak di nafikan, sangat byk mukjizat dan kelebihan dgn surah al-fatihah ni...

    BalasPadam
  4. banyak hikmahnya. sama2 amalkan.

    BalasPadam
  5. wajib amalkan selalu :)
    nice entry

    BalasPadam
  6. byk btul kelebihan surah al fatihah ni..tq share

    BalasPadam
  7. Surah yang sungguh besar rahmatnya. Wajib di ketahui oleh semua umat islam kerana wajib dibaca dalam setiap kali bersembahyang iaitu rukun islam ke2. Tidak lengkap islamnya jika tidak tahu membacanya. Lebih bermakna jika faham maksudnya. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  8. thanks for sharing bro..... jom kita amalkan....

    BalasPadam
  9. memang banyak kelebihan surah al fatihah ni..patut diamalkan selalu..

    BalasPadam
  10. Al-fatihaha antara surah terpenting dlm Al-quran.. mmg byk mukjizatnya... ;)

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum uncle :)

    Masa sekolah agama dulu, surah dgn maksudnya kena hafal..dah makin berusia ni, makin bnyk yg dilupa.. terima kasih kongsi entry ni..boleh refresh balik ilmu yg dipelajari.

    Harap uncle skuarga sihat. Maaf lama saya tak berkunjung sini. :)

    BalasPadam
  12. salam bro... surah Al fatihah byk kelebihan nya......

    BalasPadam
  13. Saya baru jer lepas baca maksud pembacaan Al-Fatihah...
    Syukur alahamdulilah..
    Dapat makluman dari blog ni lagi.
    Thanks.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah...amalan yg baik. tak sukar nak baca al-Fatehah ni, anytime, anywhere...

    BalasPadam
  15. surah al fatihah ni pembuka pada surah surah al quran. ;)

    BalasPadam

SEPATAH KATA ANDA PESONA EWWK SANGAT HARGAINYA. TERIMA KASIH, DATANG LAGI.