Halaman

Sabtu, 8 Jun 2013

Pesona Bunga Kantan

Banyak aktiviti sempena cuti 2 minggu..
Selain bersama anak-anak sekeluarga..
Boleh lah meninjau tanaman di kebun..
Kebun pun depan rumah...
Mudahlah untuk membersihkan..
Kawasan tanaman yang semak..

Tanpa terduga bila dibersihkan..
Ternampak sebujur bunga warna pink..
Yang sangat menarik kelihatannya..
Memang familiar dengan objek ini..
Cuma seingat saya baru kali ke dua..
Saya sebagai pemilik pokok ini..
Nampak buahnya...
Rupanya bunga kantan...
Ada 2 bunga...1 dah merekah..dan 
1 lagi bunga kantan masih berbunguks..
Terasa nak ambil gambar ..
Malas pula hayun kaki balik rumah..
Maka melihat dan biarkan saja
Sibunga kantan itu..

Isteri kata, kenapa lah kantan ..
Yang awak tanam tu..jarang berbuah...
Pokok2 besar2 tinggi-tinggi pula tu..
Tapi tak ada pula buahnya..
Sebijipun tak ada...

Tujuan nak bersihkan kawasan pokok2 kantan
Berselisih pula dengan pokok-pokok lengkuas..
Nampak sedap mata memandang kala bersih..
Bila sidia nampak bunga kantan ...
Tangan mula dah gatal nak petik..
Biarlah ..dia kata naka masak..
Kantan ni campur kat sup 
Ikan patin masak tomato..
Sedap tu ...
Terliur dah dengar nama masakan ini..

Untuk tidak hampakan para tetamu 
Blog Pesona ..yang tak ada pun Pesonnya..
Maka saksikan keunikan dan Pesona 
Bunga kantan..
Sekilas juga resipi sidia..
Ikan patin masak tomato berkantan..
Mohon maaf lah ya..
Hanya gambar itu
Rasanya memukau minda..
Seketika..dan inilah..
Kehebatan bahasa alam semulajadi..
Yakni tumbuhan ciptaan yang Esa.

 memang nampak unik..subahanallah..

 ikan patin masak tomato berkantan..
boleh lah ...memang ada aroma 
bunga kantan..
Ni lah antara 
Masyarakat Malaysia 
Gemar makan ..
@hakcipta etuza

15 ulasan:

  1. cantik dan besar2 bunga kantan nya tu :)

    BalasPadam
  2. Kembang elok je bunga kantannya....

    BalasPadam
  3. wahhhh cikgu, decorate sendiri ke bubga kantan tu? cantik laaaa, lg laaa bila kena ngan ikan patin masak lomak.

    CiM gemar makan, tp makan dlm kuantiti yg kecil, tp kerap. mengunyahhhh jer kata org :D

    BalasPadam
  4. cuti sekolah tinggal baki 1 hari jer kan cikgu. hari ni, esok, byk plak keja kawin nk kena attend

    BalasPadam
  5. Salam cikgu..

    Cikgu berada di negeri di bawah bayu ye..?rasanya tak sama dgn bunga kantan yg ada di sini..sy pernah tinggal di labuan...buah petainya tak sama dgn yg ada di semenanjung..petai di labuan matanya (isi) memanjang manakala di sini melintang..begitu juga buah cempedak..di labuan bulat dan isinya kecil manakala di sini buahnya bujur...

    Masak laksa dn asam pedas sedap kantan ni..

    BalasPadam
  6. lain lak bunnga kantan ni hihi comel

    jemput singgah yer RAHSIA ANAK SIHAT CERGAS

    BalasPadam
  7. Salam.

    Uncle..cantik sungguh bunga kantannya.. :)

    Ikan patin msk tomato..urmm, leh kongsi resepi ni uncle, hehehe. Kat sini, biasanya yg glamor, ikan patin masak tempoyak.

    BalasPadam
  8. cnatek nmpk cm gubahan hantaran pulokk

    BalasPadam
  9. salam. kalau di kelate, bunga kantan ni dimasukkan ke dlm nasi kerabu dan laksam..

    BalasPadam
  10. x dinafikan pun masyarakat malaysia suka mkn..mcm2 ada kat malaysia ni..hihi.. cantik bunga kantan.. .=)

    BalasPadam
  11. besarnya dia berkembang...... cantik....masak laksa sedap nie....

    BalasPadam
  12. wahhh ikan patin selalu wat masak tempoyak tapi nie buat masak tomato=)

    BalasPadam
  13. bunga kantan tu berbagai khasiatnya...selain sbg rempah dalam masakan..airnya bila direbus,boleh menurunkan tekanan darah tinggi

    BalasPadam

SEPATAH KATA ANDA PESONA EWWK SANGAT HARGAINYA. TERIMA KASIH, DATANG LAGI.