Assalamualaikum..dan salam sejahtera..
info gambar kenangan
1. Saudara Abdul Zulkhairi dari Kota Belud, Sabah.
Bekerja di Hospital Keningau.
2. Situasi pembelajaran kereta menaiki bukit dan tahan kemudian free.
Jika terundur ke 3 kali peserta / pemohon lesen akan kandas.
Semua orang yang berhasrat untuk memiliki kereta pacuan empat roda, pasti mengharapkan agar segera mendapatkan lesen memandu kereta. Usia yang membolehkan seseorang itu layak untuk mendapatkan lesen ialah 18 tahun bagi kelas D. Ini bermakna seseorang yang tamat belajar ditingkatan 5 tahun tersebut boleh terus datang memohon belajar memandu dan seterusnya mendapatkan lesen memandu.
Pemanduan yang seronok ialah apabila kita bersih dari segi rekod black list di online keselamatan jalan raya serta rekod yang baik di Jabatan Pengankutan Jalanraya walau di mana sahaja. Pada pengalaman saya ketika mendapatkan lesen memandu pada masa yang lalu ialah, orang yang datang diuji untuk mendapatkan lesen adalah dari umur sekitar 18 tahun dan ke atas. Menariknya ialah siapa sahaja dan tidak megira umur akan tetap diterima oleh IDA ( Institut Driving Licence ) di cawangan mana-mana sekolah memandu ini, sekalipun mungkin anda sudah berusia 51 tahun.
Pada saya tempat paling mencabar untuk belajar memandu ialah pada bahagian naik bukit. Masa melalui bukit dan tahan kereta di atas garisan atau kawasan kuning itu nampaknya ada beberapa peserta yang terundur sekali dan akan berjaya pada percubaan kali kedua.
Pada tahun ini 2013, menjelang bulan Ogos sekolah memandu untuk mendapatkan lesen akan dinaik tahap cabaran lagi dengan kadar bayaran yang semakin tinggi, kadar masa sesi ceramah juga akan bertambah 8 jam ke 16 jam dan tempat laluan untuk parking sisi dan side 3 penjuru akan menggunakan hanya lampu signal menggantikan tiang pada tempat belajar tersebut.Bermakna jika kita terkena buttan lampu akan menyala dan satu syren bunyi akan bergema, ini menunjukkan peserta belajar memandu itu kandas. Rasanya keadaan ini semakin sulit dan akan mendatangkan masalah kepada peserta. Namun semuanya diubah kerana rasionalnya pihak JPJ mahukan pemandu kereta dan pelbagai jenis kereta lebih berhemah di atas jalanraya, demi mengurangkan kemalangan di jalanraya.
Nasihat etuza, cepat2lah datang belajar memandu dan dapatken lesen bagi mereka yang cukup umur dan buget yang cukup selagi belum menjelang bulan Ogos 2013. Kerana kebaikannya ialah, masih murah bayaran, kadar masa ceramah dan bengkel masih kurang 10 jam dan tempat belajar itu masih boleh nampak tiang akan memudahkan kita kawal kereta dan boleh mengagak. Cepatlah bertindak.
@hakcipta etuza
tido je la masa ceramah tu :-)
BalasPadamhihihi...terus teringat waktu ambik lesen dulu...asyik tido jer dalam kelas..
BalasPadamwah makin mahal lah kan...nasib time saya dulu 650 jer..tapi sa paling suka bahagian bukit
BalasPadamcik nor dah ambik lesen hampir 10thn tp thn nie bru nak bawa kete..haha
BalasPadamnasib baik aiza dah ambil..
BalasPadamkalau dah dinaik tahap cabaran dan harganya...pastikan tahap pemanduan kita pun tinggi dan lebih cekap dan berhemah...
BalasPadamkalau cm ni..xnak ambik lesen!! xnak2..wkakkaka >.<
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamBuat saya terkenang masa belajar memandu dahulu. Saya pernah dimarahi tenaga pengajar saya ketika naik bukit tu, sebab saya tak fokus, malam sebelum hari latihan saya tidur lewat, jadi susah nak beri tumpuan. Masa berlatih parking pun asyik terlanggar tiang, dari jauh saya dengar dia menjerit nama saya,hehehe
hoho... lesen x pass lg nie..
BalasPadamdah amek tp takot nk bawak..hahahaha...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSemua anak2 saya bila cukup umur terus ambil lesen motor dan kereta..Memang sangat membantu, sebab kdg2 kita memerlukan ramai yg boleh memandu misalnya jika melalui perjalanan yg jauh...
BalasPadammemang mase naik bukit tu mencabar..tapi sya mase tu tak lulus yg jalan raye..yg bukit lepas plak...ajaib kan..hehehe
BalasPadamDah 4tahun renew lesrn tp x bawak kereta keh3x
BalasPadamhehe. dulu mase amek lesen, mmg saye stuck dkt naik bukit tu cekgu. :)
BalasPadamremy ambil sekali jer dulu....
BalasPadamremy ambil sekali jer dulu....
BalasPadam