Solat Jumaat memang wajib bagi tiap lelaki yang sudah baligh. Jika tiga kali tidak solat wajib Jumaat tanpa sebab maka jatuhlah dosa besar bagi seorang muslim itu. Begitu juga dikatakan bahawa jika tiga kali tidak bercakap/ berbual dengan saudara sendiri maka gugurlah persaudaraan kerana dikatakan perbuatan tidak bercakap itu telah dianggap memutuskan tali silaturrahim.
Di mana-mana kedengaran sesama kita memperkatakan kelemahan orang lain. Tidak terkecualilah yang sedang membaca dan diri yang telah membuat entry " Tanpa Disedari Memakan Daging Mayat" iaitu pemilik blog Pesona. Dikatakan bahawa orang yang mengumpat, menghina, mengaibkan orang lain, mengejek dan memburuk-burukkan orang lain adalah diumpamakan orang yang sedang bercakap hal keburukan orang lain itu "Sedang Memakan Daging Mayat ". Dahsyatnya hukuman Allah itu. jelas bagi kita agar perbuatan buruk itu kita usah sama sekali amalkan kerana perbuatan meghina, mengaibkan orang lain itu ternyata sia-sia sahaja.
Khutbah Jumaat yang lalu, antara pengisiannya adalah berkisar hal memakan daging mayat. Cukup memberikan saya kesedaran dan keinsafan agar menjauhkan dan membuang serta kikiskan hingga bersih amalan menghina dan mengaibkan orang lain, sedangkan kita punyai kelemahan sendiri.
Tahukah anda, bahawa musim politik meletakkan kita bebas membuat pilihan terhadap pemimpin untuk teraju negara hari esok. Memang tidak dinafikan akan berlaku situasi saling menjatuhkan. Saya hendak menyeru, kalau berpolitikpun berpada-padalah, kerana kita takut nanti hampir saban waktu, saat dan ketika orang tersebut hanya mendapat daging mayat untuk di jamah sebagai makanan. Berpolitiklah secara sihat, berpolitiklah dengan bersih agar kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.
kita ni sebagai manusia memang kadang2 x sedar khilaf kita... sama juga dalam berblog...kadang2 kalau terlajak taip kita x sedari yang kita dah termakan daging mayat...
tk atas pengkongsian ini
BalasPadamkita ni sebagai manusia memang kadang2 x sedar khilaf kita... sama juga dalam berblog...kadang2 kalau terlajak taip kita x sedari yang kita dah termakan daging mayat...
BalasPadamnice entry cikgu untuk renungan kita bersama...
assalam, sama2lah kita saling mengingati sesama kita untuk berubah dan menginsafi apa yang sudah terlanjur..semoga kita diampuni Nya..
BalasPadamlebih baik cerita hal sendiri sahaja di blog kan... selamat
BalasPadambila dah jadi kebisaan mengata org,terlupa akan dosa pahala...
BalasPadamPeringatan yg baik
BalasPadambenda ni tak nampak skrang, tapai masa disana nanti mmg kita akan nampak....
BalasPadamterima kasih atas peringatan
BalasPadamkite ni same je kan cekgu. tak yg sempurna pun. jadi, takyah la saling mengate. :)
BalasPadamkita tak sempurna...tapi kita boleh memilih daging yg elok kan bro.....
BalasPadam