Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 30 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 9 ( Segmen ~ Dieyna ~ Kenangan Ramadhan Etuza

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Klik blog ( doa harian ~ terbaik )

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Ta'ala. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelumku:

i) Dipermulaan bulan Ramadan Allah melihat kepada para umatku. Barangsiapa Allah melihat kepadanya, nescaya tidak diazabnya selama-lamanya.


ii) Bau mulut mereka di waktu petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

iii) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka di setiap hari dan malam.

iv) Allah menyuruh kepada Syurga-Nya serta berkata kepadanya: "Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.

v) Pada akhir malam bulan Ramadan, Allah mengampuni semua dosa mereka. "Seorang lelaki dari Sahabat bertanya: "Apa itu 'Lailatul qadar', ya Rasulullah? " Nabi menjawab: "Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka.
(Riwayat: Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir )
segmen
klik banner dieyna segmen ( etuza join )

Klik gambar etuza ya.

Harap x senget kepala tengok 
gambar ni ya. Etuza letak berdiri 
sebab memang etuza berdiri dalam]
gambar. Mula melintang ni, bila etuza 
rotate nilah keadaannya. Tulisan pula 
tegak, so jangan senget kepala ya.

etuza.( klik ya  Dieyna)

       Dulu memang tidak ada  televisyen yang digunakan untuk informasi imsyak dan berbuka puasa. Orang2 kampung yang beberapa orang sahaja di desa etuza juga tidak memiliki teknologi ini. Yang ada hanyalah radio sahaja serta hanya memakai beteri 4 biji. Sebagai panduan kata ayah jika ayam dah berkokok masa itulah berhenti makan dan esok kena puasa. Masa kanak-kanak di sekolah rendah ( masa tu tahun 5 ) memang etuza tak banyak faham banyak perkara puasa ramadhan, hanya ikut ayah mak untuk puasa sehari, maka bolehlah dikatakan etuza hanya ikut-ikut mak ayah berpuasa.Mungkin kerana kami mualaf waktu itu maka terlalu cetek pengetahuan hal puasa di bulan ramadhan dan solat 5 waktu.

Etuza masih ingat hingga kini, suatu hari di bulan ramadhan, etuza balik dari sekolah ( berjalan kaki )seorang diri sahaja. Masa tu etuza nak cepat balik kerana mahu cepat rehat kerana puasa. Sampai di tengah jalan etuza nampak ada sebatang pokok betik di tepi jalan dan betik itu tumbuh sendiri dan bukan di kebun orang,  buah betik itu masak kuning dan sungguh cantik. Etuza tanpa berlengah panjat pokok betik itu dan makan buah betik yang masak itu hingga kenyang ( etuza masih ingat ~ kenyang sangat tau ). Bila etuza sedar perut kenyang, dan mula bingkas nak jalan balik ke rumah, tiba2 etuza tersedar. " alamak aku puasa bah hari ini..alamak macamana ni, sudah batal puasa " Etuza benar-benar rasa takut mak ayah marahkan etuza, sebab mak dan ayah memang mahu etuza puasa yang sah. Kakak etuza juga memang tegas dan selalu nak usik jika etuza tak tahan puasa.

Lalu etuza teruskan perjalanan balik ke rumah. Etuza dah rancang tak akan beritahu mak dan ayah, hehe apa lagi kakak etuza yang terkenal suka cubit ( adui sakitnya kena cubit nanti) Etuza terfikir etuza benar2 lupa masa tu etuza berpuasa. Benarlah kata orang bahawa jika tidak kuat iman akan ada pengaruh yang merosakkan kita. ( kalau difikirkan sekarang ini, etuza masa tu sebenarnya telah digoda oleh suatu kejahatan yang kita tak nampak). Sampai di rumah etuza tukar pakaian dan buat2 seperti orang berpuasa. Memang etuza tak beritahu langsung kepada mereka sehingga etuza sampai belajar di sekolah menangah. Suatu hari ustaz ada berkata " tidak batal puasa seseorang jika dia terlupa dan makan makanan sehingga kenyang kerana dia tidak sengaja..jika dia makan dan sengaja akan batal lah puasa orang tersebut" sebaik ustaz selesai berkata, etuza sungguh gembira rupanya puasa etuza hari tu ( masa di sekolah rendah ) masih SAH!!!!!!!. Ya hoooo... etuza gembira sangat. Bila balik ke rumah etuza ceritakan hal etuza makan betik hingga kenyang kepada kakak etuza. Kenangan ini terimbau semula kerana SEGMEN DIEYNA ( kenangan ramadhan) ~ harap tersentuh hati ya ~ kemudian senyum.

terima kasih membaca kenangan ramadhan etuza.
Pesona ramadhan 9
Puasa etuza dizaman kanak2.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 28 Julai 2012

Keistimewaan Ramadhan ke 7 & 8, Nyaris Mengalah dan Membenarkan ( cerita puasa etuza )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


nak oder buku islamik yang mempersona 
sila klik ni ya..http://www.jahabersa.com.my/
Keistimewaan Ramadhan 7 & 8 ( iqralah ya )
7. Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi segala dosa besar.
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Pada suatu hari aku berada di sisi Utbah bin Farqad sedang dia lagi menceritakan tentang hal Ramadan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari Sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah, diapun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadan, katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: "Di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka, dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu segala syaitan. "Berkata Nabi lagi: "Seorang Malaikat berseru: "Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah dirimu. " Malaikat terus-menerus berseru sehingga habis bulan Ramadan. (Riwayat Ahmad dan An-Nasai)

Nuraliya dan kakaknya di Taman karambunai Kota Kinabalu

Firstly, mohon maaf puteri Nuraliya tak bertudung, nak disiplinkan agar seumur 7 tahun Nuraliya seharusnya sudah belajar bertudung agar tak kekok bila naik remaja yang akan sentiasa manis, sopan dan cantik memakai tudung yang mengikut syarak. Gambar ni bersama kakaknya bersiar2 di Karambunai  Kota Kinabalu tempoh hari.  Cerita etuza pasal dia lah ni ( Nuraliya) hari ini, di rumah neneknya meronta2 nak minta izin batalkan puasanya yang masuk ke 7 hari. Dia nak batalkan puasa akibat tak tahan nampak aiskrim dan minuman2 yang pelbagai di gerai mak etuza. Pada etuza tak lah terusik langsung nampak jualan makanan dan minuman mak etuza tu. Hemm! dia ( Nuraliya) asyik nak pujuk ja etuza untuk benarkan dia batal puasa. Baru jam 10.00 pagi,etuza pergi ke rumah mak hari sabtu ni, ikutlah dia dan abangnya dalam gambar kat bawah tu. Rupanya mereka ni sepakat nak batalkan puasa, akibat terpesona dengan ayunya aiskrim dalam peti sejuk mak serta minuman2 dalam tin dan dalam botol jualan mak. Etuza benar2 tak izinkan kerana hari masih muda dan hari2 yang lalu segar bugar apa mereka berdua berpuasa. Apa jadahnya hari ini nafsu nak minum  tak dapat kawal. Etuza bertahan juga, ialah nak pastikan sebulan puasa anak2 etuza seperti abang dan kakak mereka dahulu. tak pernah kurang puasa diusia 7 tahun hingga 10 tahun. 

Mustaqim bersama guru matematik dia..
Perkenalkan inilah Mustaqim anak lelaki etuza yang ke 4 ya. Dia juga merajuk kat etuza hari ini, bayangkan dia nak jalan kaki balik ke rumah dari rumah mak etuza. Siap dah dia jalan tu seorang diri sambil muka macam mencuka, sangatlah tak suka ketegasan etuza dalam bab disiplinkan dia untuk terus berpuasa hari ke 7 ni. Etuza kata " nantilah kita balik, kejap lagi, kita kan baru tiba di rumah nenek ni! baru jam 10.00 pagi takkan dah dah haus tu nak minum, ini mesti tak tahan tengok aiskirm coklat..kemarin tak ada pun macam ni!" etuza seolah2 merayu2 agar mereka tak merengek minta belas kasihan. Mujurlah kuat semangat, kalau kira nak tampar, tapi segera etuza ingat bahawa mereka kanak-kanak lagi. Maka etuza cuba bersabar, ini ujian mendidik anak masa ramadhan dan berpuasa.

" pa bolehlah aliya nak minum, hari ni nak batalkan puasa..boleh2 lah, makanan ni pun aliya teringin nak makan" sambil aliya tunjukkan coklat dalam plastik. " Tak boleh2 boleh tu puasa hingga petang..bukan lama tu, tak ingat ke hadiah dari Ustazah..satu kali tak puasa dah melepaslah hadiah tu" etuza masih bertahan. Tidak mahu mengalah, sebab etuza tahu mereka sebenarnya tergoda aiskrim tu ja.
" ha iyalah2..saya nak balik rumah skarang, jalan kaki jalah..ok bye2 " ha inilah kata2 Mustaqim dan beredar ke jalan raya. " oklah kita balik lah....nanti bapa belikan semua tu, bawa ke rumah dan masa buka puasa baru minum ya!" Rupanya tak nak juga, MERAJUK dah 2 orang ni. Mujurlah tak batal puasa mereka.
Pasal Mustaqim lagi, baru tadi mandi, pakai tuala naik ke atas jumpa etuza, katanya minta batalkan puasa. Hampir dah kalah ni, tapi sambil on air ke laman Pesona, nilah entry ni etuza pujuk mustaqim. nak tahu ke kata2 dahysat! etuza. " Cubalah baring, cakaplah Astagfirulahhalazim banyak kali, mesti tertidur lepas tu dapat puasa sehari hari ini" Dahyasat tak nasihat etuza kat mustaqim tu. Ya Allah bila etuza paling ke belakang rupanya musyaqim benar2 tertidur berbalutkan tuala dia, nenyak sangat. Kira nak ambil gambar mustaqim tapi tak elok ambil gambar dia dengan tuala ja, mybe dia rasa sejuk bertuala. Tak apa lah, mustaqim tidur di bawah kipas dengan kekuatan 4 volume. Panas terik hari ini di tempat etuza. Cuaca yang begini panas memang menguji kita semua dalam keadaan berpuasa.

etuza nak pesan" puasalah dengan ikhlas insyaallah akan ada imbalan pahala dariNya yang hebat. Dalam tazkirah terawih semalam ..marilah beramal, walaupun hal kecil tetapi berterusan " 
etuza nak pesan " Kita berkatalah dengan lembut dan tidak kasar kepada anak2 kita, bersabarlah dalam menghadapi karenah meraka, mereka kan masih kanak-kanak, insyaallah pasti boleh dengan yakin kerana Allah"

Pesona ramadhan 7 &8.
Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 26 Julai 2012

Istimewa Ramadhan ke 6 dan Bonus Ramadhan lagi hebat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa ramadah yg ke 6

6. Berlakunya Nuzul Al-Quran (penurunan Al-Quran) pada 17 Ramadan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempumaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW..

Alhamdulilah dikurniakan masa untuk teruskan blog Pesona. Walaupun sebenarnya kita perlukan rehat kerana seharian berpuasa. Apapun demi sukakan berinfo, sukakan maklumat dan sukakan perkongsian maya, etuza cuba juga yang terdaya untuk membuat satu lagi entry yang etuza kira perlu dalam blog Pesona ini.

Sibuk bebarapa blog memperkatakan hal tentang BONUS Raya. Pastilah rasa gembira sangat2 kerana Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan awam dan memberikan RM 500.00 kepada golongan pesara.

Ada juga etuza terbaca dalam akhbar, yang mengatakan jangan tertipu dengan pengumuman bonus yang belum pasti. Kerana berita itu adalah palsu. Lepas baca berita ringkas dari surat khabar itu, terasa ada juga perasaan mengharapka bonus tersebut sempena hari raya kita.

Pagi hari ini seawal 7.00 pagi berita di radio mengumumkan bahawa PM telah meluluskan Bonus kepada penjawat awam sempena menjelang hari raya nanti, dan Bonus tersebut akan diberikan pada 9hb Ogos 2012. Minima bonus ialah RM500.00 dan pada 13hb Ogos sekali lagi kakitangan awam akan diberi gaji. Etuza hendak mengucapkan tahniah kepada semua dan usahlah lupa untuk bersyukur.


Namun disamping kita menerima bonus, usahlah pulai lalai bahawa dibulan Ramadhan ini, BONUS pahala dari Allah sangat2 kita perlukan. BONUS pahala dariNya ini adalah yang terhebat melebihi segalanya kerana dengan BONUS pahala dariNya akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat. Marilah menambah BONUS pahala dariNya dengan cara apa sekalipun kerana Allah maha mengetahui segala apa yang kita katakan dan apa yang kita rahsiakan.

Marilah nanti pergunakan bonus itu dengan cara yang berhikmah, iaitu tidak melakukan pembaziran dan ingat simpanan untuk anak2 kita juga.

Tahniah semua!!
Istimewa ramadhan 6
Kerana ada BONUS H Raya. 

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 25 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 5, Keluarga baru & mini kolam etuza dah siap...tapi....)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa Ramadhan yg ke 5.

5. Bulan yang mana berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah s.a.w menawan kota Mekah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan kota Mekah menjadi suci sebagaimana yang Allah s.w.t kehendaki.

     Etuza masih ingat ada kawan2 blogger yang nak tengok kolam kecil yang etuza usahakan minggu lalu bersama anak2 ( putera2 etuza ). Sekarang ni memang dah siap tapi.....) siap yang macam tak siap, inilah hasil kerja tangan etuza secara sederhana sahaja, etuza sebenarnya kumpul tinggalan bata2 yang masih tersisa selepas rumah etuza siap dibina. Kini dah tiba masa bata2 yang tesisa itu digunakan. Dan inilah wajah comot kolam etuza yang ke 2 ya. TaK berapa kemas, kerana ini original hasil kerja tangan etuza yang memang tidak ada asas simen menyimen ni. Kolam yang dulu atau yang pertama tu, kawan etuza yang buat namanya Nasrin. Kini dia tak ada di kampung maklumlah cari kerja tempat lain.

keadaan sebelum digincukan dengan bunga ati2.
air dah pancut dari paip tu.

Selepas digincukan dengan bunga ati2. cantik tak!!
You all pelawat blog Pesona etuza dah maklumkan etuza minat bunga yang pelbagai tu. Memang ada berbagai2 bunga di laman etuza. Antaranya himpunan pelbagai corak daun dan warna bunga ati-ati. Tengok tu sudah etuza gunakan pasu2 bunga ati2 tu menghias tepi kolam dengan meletakkan sekeping papan. Sebenarnya etuza buat hiasan bunga atas kolam kecil ni kerana nak elakkan agar kucing2 peliharaan etuza tak dapat menangkap ikan dalam kolam ini nanti. Air dalam kolam ni agak2 dalam satu setengah kaki dalamnya. Kucing boleh tangkap ikan koi etuza jika tiada penghalang. Kreatif tak....biasa saja tu.

Keluarga baru etuza di Tempat Kerja etuza.

Sesiapa yang pandai teka meneka tu, ha nilah keluarga baru etuza. Guru pelatih di sekolah etuza. 4 gentelman tu. Semua masih muda belia. Mereka pelatih dari Institusi Pendidikan Guru Malaysia kampus Keningau menjalani latihan mengajar selama 2 bulan di sekolah etuza. Mereka berempat ni nampak amat gemar membaca buku2 di Pusat Sumber dan suka menolong pula tu. Nama mereka ialah Bryan Midir dari Kota Belud, Sabah yang baju biru, Alvin Agustine   dari  Tamparuli, Sabah yang bertali leher putih, Ag Norsyam Ag Kadir dari Putatan, Kota Kinabalu, Sabah yang bertali leher maron serta Mohd Azrul Affandi    Mohd Johan dari Pulau Pinang yang bertali leher biru. Tahniah kepada bakal guru tahun 2013 ini. Semoga betah latihan mengajar di sekolah etuza. Oleh kerana mereka suka masuk dan membaca bahan bacaan di Pusat Sumber serta tempat adanya pejabat etuza sebagai GPM maka etuza anggap mereka keluarga baru etuza dalam dunia pendidikan.  2 daripada mereka mengajar Matematik dan 2 lagi pelatih yang lain mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru pembimbing mereka ialah Cikgu Piah AK L dan Cikgu Nasrul Hakim T. Semoga berjaya latihan mengajar selama 2 bulan. 

Pesona Ramadhan 5
Pesona Etuza12.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 24 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 3 & 4 ( Tak nak ikut dah pi terawih )

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya boleh dilakukan di bulan Ramadan. Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sepanjang malam bulan Ramadan disunatkan untuk mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.

4. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan sebagainya. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan ibadah sebanyak-banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya- Allah dimakbulkan Tuhan.

gambar hari lahir aliya yg ke 7 tahun pada Mei lalu. 
Hari lahir aliya di rumah datuk nenek bersama kawan2nya

     Masuk terawih ke 5 kali, selalu ikut ke surau di desa, sebaik azan isyak yang sayup kedengaran etuza hidupkan injin kereta. Semua anak2 putera2 etuza tak lepas ikut. Aliya juga macam tu, hemm! baru tadi aliya kata tak nak ikut ke surau malam ini. Apa lah hal lagi dia ni tak nak ikut, selalu beria2 sebap dapat jumpa kawan2 dia. Dapat makan morie ( juadah ).  Terawih malam ni tak apa lah bagi dia rehat, harap esok2 dia ikut pi surau nanti. 

Kepada rakan blogger, hehe ini entry paling nak cepat ni, kejap nak jalan dah ke surau. tak boleh lah tak pi surau ya, nak solat jemaah isyak, kat surau di desa biasa isyak jam 7.50 minit malam almaklumlah nak tunggu jemaah agar ramai2 solat isyak dan terawih tiap2 malam di bulan ramadhan. 

Pesona Ramadhan 3 & 4
Selamat berbuka puasa.
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Istemewa Ramadhan 2 & Alamak dah mengadu sakit perut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

2. Bulan yang telah dipilih oleh Allah s.w.t diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam ‘Lailatul Qadar'. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya. (Riwayat Ahmad, An Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

Gambar baru & Harap2 boleh puasa selama sebulan.

Kuar simen mix kan dengan pasir2 halus, untuk simen
kolam ke 2 etuza. Tak besar kecik ja...
mujur ada 3 putera bantu2, kuranglah
lenguh2.

Memang banyak cabaran dan dugaan ketika berpuasa. Ujian itu kepada semua hambaNya. Bukan semasa Ramadhan saja kita diuji tetapi ujian lebih berat ketika di bulan Ramadhan kerana ketika itu kita semua ( umat Islam) berpuasa selama sebulan lamanya. Ujian yang ketara ialah ketika nak bangun bersahur, kalau ibubapa masih boleh gagah nak bangun untuk sahur dan solat subuh, kerana sudah tanggungjawab ibubapa untuk sediakan juadah bersahur. 

Hai!..ini ujian yang hebat bila anak2 lelaki dan perempuan remaja ni. Dibangunkan tetapi aduhai payahnya nak bangun. Dalam hati berdoa dan berharap agar segeralah bingkas dan bersahur serta solat subuh. Liatnya nak bangun, baru masuk ke 4 kali. Belum seminggu payahnya para remaja nak bangun bersahur. Bukanlah semua remaja macam tu, tetapi anak2 etuza ada kalanya aduhai liatnya nak bangun pagi2. Mujurlah berkat kesabaran akhirnya mereka bangun jugalah bersahur dan solat subuh. Alhamdulillah.

Nak cerita pasal Nuraliya kami tu, yang pegang aiskrim kat gambar tu. Pagi2 hari ini, dia dah ngadulah pula sakit perut katanya. Lepas tu tak nak pakai baju sekolah. Macam nak mogok ke tak nak pergi sekolah. Puas maknya pujuk, lastly saya jugalah yang berjaya pujuk. Macamana lah nak habiskan puasa baru hari ke 4 dah ngadu sakit perut. " kan puasa, memanglah sakit perut lapar, dah sahur, minum susu, takkan baru makan sakit perut. Ini mesti alasan tak nak puasa, tu kad  biru masih banyak kosong tu, hadiah nanti aliya tak dapat tau!" panjang jugalah leter nasihat etuza kat aliya. Alhamdulillah akhirnya dia pergi jugalah sekolah hari ini, dan masih berpuasa. 

Ujian Ramadhan memang banyak, hanya keimanan dapat mengatasi semuanya. Marilah berdoa agar kita gagah dan perkasa menjalani ibadah puasa ya. Kepada teman blogger percayalah bahawa akan ada terjah etuza kat blog anda. Insyaallah. 

Nak kongsi ayat Tarmizi " Waktu yang paling dekat antara Tuhan dengan hambaNya adalah waktu tengah malam yang akhir" Insyaallah marilah rebut peluang keemasan ini dibulan Ramadhan.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 22 Julai 2012

Istimewa Ramadhan 1 & Cerita Etuza

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Istimewa Ramadhan 1
Bulan Ramadan adalah bulan yang memiliki kesucian dan banyak keistimewaannya. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadan ialah:

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat-Nya. Firman Allah s.w.t:
Terjemahannya:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.(Al-Baqarah: 183)
SUMBER DARI LAMAN  http://doaharian.blogspot.com/



ha inilah Nuraliya ( gambar ni belum sekolah)

Seawal jam 4.20 pagi pada pagi sabtu, dikejutkan oleh suara seorang wanita yang penuh tanggungjawab, membangunkan etuza dengan ajakan untuk bersahur. Terasa mata sukar hendak dibuka, terlalu payah hendak bangun seawal pagi hari itu, kerana kebiasaannya sayup azan bergema barulah etuza bangun kerana amalan yang biasa mesti bangun jika terdengar azan. Di tempat tinggal etuza memang azan sayup kedengaran kerana berada jauh dari perkampungan, pun begitu azan masih kedengaran. 

Di atas meja sudah dihidangkan dengan juadah untuk sahur. Memang kurang selera nak makan terlalu awal, namun harus juga menjamah makanan untuk alas perut seharian berpuasa. Seisi ruamh berpuasa hari pertama dan hari ini puasa ke 2 kali juga sama semuanya masih bersemangat berpuasa. Solat jemaah isyak dan jemaah solat terawih juga telah terlaksana di surau desa kelahiran. Alhamdullilah kami mengharapkan rahmatMu ya Allah dan terima lah puasa kami.

Kanak-kanak berusia 7 tahun dan duduk di kelas tahun 1, semalam menghulurkan kad biru dari guru agamanya seorang ustazah. " kalau Aliya puasa satu hari tandakan ruang tandatangan bukti Aliya puasa, kalau penuh ruang pada kad ini Aliya akan dapat hadiah tau"
" Ustazah Nurhasymah akan bagi hadiah nanti" Inilah kata-kata anak ke 7 etuza semalam. Bangga pula dan rasa sangat bersyukur kerana Aliya menampakkan usaha dan kometmen, semangat yang membara untuk sebulan berpuasa. " kalau ada x tak puasa tidak dapat hadiah, esok Aliya nak puasa lagi lah "

" Kenapa kita puasa bapa?" Timbul pula pertanyaan sikecil. Etuza lihat matanya seolah inginkan penjelasan. " Kita orang Islam mesti berpuasa, bapa, mama, kakak dan abang2 semua kena puasa, kalau tidak puasa berdosa. Kalau puasa dapat pahala dari Allah. Allah akan sayang kita dan selalu menjaga kita di mana saja kita pergi" 
" Puasa tu tak boleh makan dan minum ke? boleh kah telan air liur?" Dia bertanya lagi dan memang benar2 hendak kan jawapan yang pasti. " Iyalah..kena tahan lapar dan haus, makan apa saja dan minum air apa saja tak boleh dari pagi sampai maghrib, telan air liur tidak batal puasa, sebab air liur tu sedia ada dalam mulut kita, tapi buat apa nak kumpul liur, buang ja kalau ada air liur terkumpul dalam mulut"

" Ha..bercakap bohong, bergaduh, ejak-ejek tak boleh masa puasa ya, nanti hilang pahala puasa, bukan bulan puasa pun memang tak boleh berbohong, mengumpat dan ejek-ejek ni, kita mesti amalkan sikap yang baik, solat lima waktu, rajin tolong mak, kena membaca buku pelajaran, kalau asyik tidur saja tidak ada ertinya puasa kita, faham tak!" Inilah nasihat atau pesanan etuza kepada anak2 etuza yang masih di bawah umur 12 tahun ( 3 orang). bagus juga anak perempuan saya bernama Nuraliya ni, nampak ada usaha dia untuk bertanya dan ingin tahu tentang puasa dan perkara yang membatalkan puasa. Semetara yang dah remaja tu, diam saja mendengar etuza memberi penerangan kepada adik2 mereka.

Seharian puasa hari pertama jam 9 pagi dah rasa pedih perut. Rasa dahaga lagi lah terasa, seolah nak petik ja buah kelapa yang rendang tu kat laman rumah. Etuza kelmarin dari jam 8 pagi hingga jam 12.00 tenga hari urus bunga di laman, buang rumput, bagi baja subur, baja bunga dan siram pada pasu2 bunga yang tanahnya kering. Yang paling seronok tu etuza baiki kolam  terbaru etuza yang etuza buat 2 hari sebelum puasa menjelang. Bila ada air, pandai kurang airnya, bermakna ada laluan air di celah dinding batu pada kolam tersebut. Insyaallah dah siap etuza ambil gambar dan kongsikan dengan teman blogger ya.

Info berbuka etuza pada 1 Ramadhan.

( air kelapa dan air cendol. 2 biji kurma, 1 biji pisang, 1 kuih lenggang, 1 kuih kukus dan 1 kuih puteri terjun. Sebelum minum air etuza makan kurma dan pisang dahulu ) Percaya tak etuza tak makan nasi lepas tu, lepas solat maghrib terus ke surau bersama anak2 lelaki. Hidangan morie kat surau etuza tak sempat makan, niat nak makan di rumah tapi tak jadi pula makan nasi, tak ada selera nak makan nasilah pula.Bila balik dari surau etuza buat kopi dan makan sebiji kuih lagi ( adakah ini pula selera etuza).  Sahur pagi hari ini baru makan nasi berlaukkan ayam masak kari. ~ Selamat berpuasa hari ke 2.

Pesona Ramadhan 2
Etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Sabtu, 21 Julai 2012

Makrifatullah Suatu Keperluan

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
( klik 11 keistemewaan utama Bulan Ramadhan ~ Iqra lah ya )
Mengenali diri adalah langkah pertama menuju makrifatullah iaitu mengenal Allah. Inti mengenal Allah adalah zikrullah iaitu mengingati Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam semua urusan dan keadaan. baik sewaktu TIDUR, JAGA, DUDUK, BERJALAN, SUSAH, SENANG,BERSENDIRIAN MAHUPUN SEWAKTU BERSAMA RAMAI ORANG. Allah sentiasa hadir di semua tempat dan keadaan. Allah hadir di  ISTANA RAJA, DI PARLIMEN, DI DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT, DI PEJABAT, MAHKAMAH,KILANG, KAMPUS, SEKOLAH,PASAR, KEBUN SAWAH dan apalagi di TEMPAT - TEMPAT IBADAT SEPERTI MASJID dan MAJLIS AGAMA. Pendek kata, nafas kehidupan kita adalah Allah. Allah menyatu dalam setiap hembusan nafas kita. Tidak ada alasan kenapa menyombong diri, anggkuh dan bongkak semua perbuatan itu hanya merugikan KERANA Allah amat murka kepada hambaNya yang sombong dan anggkuh, sedangkan Allah sentiasa hadir dalam tiap hembusan nafas kita. Lalu siapa kita untuk menyombong diri, kerana sehalus habukpun kita tidak setanding dengan KUASA ALLAH.

Marilah, marilah dan marilah kita ( etuza sendiri ) memerangi semua sifat buruk kita dibulan Ramadhan. Marilah, marilah dan marilah mengharap RAHMAT  keampunan di bulan Ramadhan. Insnyaallah.


" Man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu"
ertinya
" Siapa yang mengenal dirinya, pasti mengenal Tuhannya"
subahanallah!
Pesona Ramadhan 1
By etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 20 Julai 2012

Esok hari terakhir PELAJAR UPSI di sekolah Etuza.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Pelajar UPSI ( Universiti Perguruan Sultan Idris) seramai 12 orang dan 1 pensyarah sejak 16hb Julai hingga 20hb Julai 2012 ( berakhir esok) telah mengadakan satu program di Sekolah Kebangsaan Penagatan, kenigau, Sabah. Seperti dalam baner dalam gambar program mereka ialah " Bersama menyebarkan keunikan Bahasa, Budaya dan Bangsa KadazanDusun" dengan kerjasama SK. Penagatan, Keningau. Pelajar UPSI tersebut merupakan pelajar dari Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPTA di UPSI Perak telah ditugaskan menjalankan program ini semasa cuti mereka selama 2 bulan lebih.Antara sekolah yang telah mereka pilih selain SK. Penagatan bagi program ini ialah SK. Sinulihan, Sook, Keningau dan SK. Melangkap Kota Marudu, Sabah.

Ini adalah situasi dan salah satu peristiwa yang melibatkan pelajar UPSI dan pensyarah mereka. Beberapa pelajar UPSI itu sedang membuat perbincangan dengan pensyarah mereka di Pusat Sumber sekolah etuza pada pagi 19hb Julai 2012. Pastinya membincangkan kelancaran program sejak 16hb Julai hingga kini. Pengarah program ini ialah En. Doney Dasmond. Etuza telah dilantik sebagai timbalan setiausaha sahaja serta guru pemudah cara dalam aspek mengesan nama ibubapa pelajar tahun 4 dan 5 disamping menyiapkan minit mesyuarat, surat makluman kepada ibubapa. Memang semua pelajar UPSI sangat bekerjasama sesama sendiri dan kometed mengendalikan program mereka.Tahniah kepada mereka semua. Majlis rasmi itu dilancarkan oleh Pn.Jamilah Padli, Timbalan Pelajaran daerah, Keningau, Sabah. Dalam ucapan pegawai perasmi itu mengucapkan tahniah kepada Pelajar UPSI dan warga guru sekolah etuza, serta berpesan bahawa Bahasa Kadazandusun perlu diteruskan agar tidak pupus oleh arus masa. Etnik bangsa, budaya dan Bahasa KadazanDusun perlu dipelajari oleh genarasi baru agar terjaga dan dipertahankan. Pasti murid2 sekolah etuza telah mendapat sentuhan ilmu baru dari UPSI dan objektif utama mereka sesungguhnya jelas tercapai. Esok 20hb Julai 2012 hari terakhir pelajar UPSI di sekolah etuza.Mereka akan kembali ke tempat mereka masing-masing dan akan terbang ke UPSI bagi meneruskan kuliah mereka seawal September 2012.
kenangan etuza bersama pelajar UPSI ( 5 orang baju merah)
acara jamuan makan di PSS
tarian menyambut pegawai perasmi dari PPD Keningau.
Nyanyian Lagu Kebangsaan, lagu Negeri Sabah, Lagu sekolah 
dan lagu rasmi UPSI.
dan
Antara aktiviti dalam program ini ialah
1. sukaneka
2. senam arobek
3. Sugandoi ( murid, guru & ibubapa)
4. teka teki
5. puisi
6. bercerita dan
7. pertandingan ratu cantik kanak2
100 % dijalankan dalam bahasa KadazanDusun oleh pengacara.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 18 Julai 2012

Menjelang Ramadhan Almubaraq & 17hb Julai 2012 ( Megahnya Jalur Gemilang)

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

       Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberikan kita kesempatan menunaikan ibadah Puasa dibulan Ramadhan Al Mubaraq. Seluruh rakyat di Malaysia yang seagama dengan etuza menantikan tibanya saat ramadhan. Begitu juga umat Muhammad di seluruh dunia, sedang menantikan menjelang ramadhan yang kini diambang pintu. Ahlan wasalan ya Ramadhan. Semoga kali ini, tibamu membawa bahagia dan keampunan serta sinaran dalam kami menuju keimanan di dunia dan di akhirat. 


Ramadhan nanti ( sebulan lamanya ~ kena Istiqomah ya)
1. Niat puasa kena buat
2. Nak sahur kenalah bangun awal ya, usahlah liat nak bangun
3. Nak baca al quran banyak2
4. Nak puasa / azam sebulan
5. Nak buang semua tabiat buruk
6. Nak pahala dariNya
7. Nak semua yang baik2 lah ya, amalan yang baik2
8. Nak jauhkan sikap ngumpat keji orang
9. Nak lah perbaiki diri, solat wajib tunaikan dengan tepat masa.
10. Nak rayakan kemenangan berpuasa sebulan.

17hb Julai 2012 ( isnin) hari ini, Perdana Menteri telah melancarkan pelancaran
sambutan bulan merdeka, mulai tarikh hari ini hingga 16 ogos 2012 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun. Syukur kita bernegara di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Selamat mengibarkan jalur gemilang.
kibarkan dengan rasa merdeka, aman dan bahagia.
Perdana menteri memberi pesan bahawa setiap sekolah
harus kibarkan jalur gemilang mulai 17hb Julai 2012.


semangat tak putera etuza ni..
Khabar dari Laman Pesona.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Isnin, 16 Julai 2012

Kongsi Pengalaman Etuza & Kata Mereka!

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
       
gambar ketika menjadi pengacara 
di Majlis Sambutan Hari Warga
Pendidikan Di Banjaran Crocker 2012.( TBC)
      Bukan nak berbangga diri mahupun mahu menunjuk2 pada sesiapa sahaja. Niat hanya nak berkongsi dan cuba hargai warna-warna kehidupan realiti kita dengan menzahirkan gambar kenangan  dan kata-kata informasi menerusi blog Pesona Etuza ini. Blog di alam maya bagaikan rumah kita, teratak yang kita hias mengikut selera kita. Dalam blog akan ada pelbagai informasi dari kita sendiri atau pun dari blog lain. Dan memang seronok jika kita punya blog di alam maya. Paling menarik ialah apabila kita ada maklumat, maklumat itu akan menjadi sumber rujukan bagi sesetengah orang untuk tujuan kajian atau kerja kurus.


Inilah dua wajah yang bakal menjadi guru pada tahun hadapan, kerana mereka berdua akan menamatkan latihan mengajar di sekolah etuza tidak lama lagi. Guru pelatih ini terutama yang bertudung pink tu pernah membaca beberapa artikal etuza di Blog Pesona Etuza. Etuza rasa gembira kerana tanpa diketahui ada pula orang2 dekat dengan etuza menyinggah dan membaca serta melihat informasi yang etuza kongsikan di blog etuza ini. Katanya lagi menerusi blog etuza itu, kedua-dua guru pelatih ini sudah sedia mengetahui bahawa etuza memang seorang yang  menyukai bunga serta suka menanam bunga. inilah kelebihan jika kita mempunyai blog sendiri sebagai note book atau rumah di maya internet.

    Untuk menghargai mereka etuza kongsikan kenangan mereka selama berada di sekolah etuza. Etuza anggap mereka ini peminat blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan. ( Blog kecil yang serba-serbi kekurangan)sebagai satu tanda etuza bersyukur ada orang2 dekat dengan etuza menyenangi info2 terkini etuza di blog Pesona. Kalau nak tahu nama mereka ni ialah Wani dan Afisah, guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau, Sabah.


Wanita yang bertudung hitam dan pakaian warna hitam ini berasal dari Kelantan. Posting di SK. Penagatan, Keningau. Katanya sebelum datang ke Keningau, ustazah ni ada membaca info-info tentang Keningau dan SK. Penagatan sebelum datang melaporkan diri di sekolah etuza. Namanya Ustazah Nursemah. Etuza benar-benar merasakan blog Pesona telah menyumbang sedikit ilmu kepada Ustazah Nursemah. Kata Ustazah ni tiba sahaja di SK. Penagatan, Keningau, orang yang nak dia lihat ialah ETUZA pemilik blog Pesona . Wow! sungguh terharu dan merasakan satu nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan ini. Pastilah dia nak tengok dahulu etuza kan sebab dia dah terlebih dahulu mengenali etuza menerusi teratak maya etuza ini. Dah kenal tetapi secara depan belum, maka itu apabila tiba di SK. Penagatan etuzalah yang ingin Ustazah Shema nak tengok. Bila dah lihat katanya lain pula wajah etuza bila lihat depan mata. Katanya dalam blog masih muda nampak, di FB juga nampak muda katanya. Etuza nak kata apa lagi ya, ialah memangpun gambar etuza di FB menggunakan gambar etuza pada tahun 2005. Apapun masa tu etuza dah pun ramai anak. Anak terakhirpun lahir 2005. 2012 berapa dah beza tu, umur bertambah banyak.  Apapun terima kasih kepada Ustazah Nurshema kerana datang membaca di Blog Pesona Etuza.

Sekali lagi etuza kongsikan keindahan pemandangan TBC ( Taman Banjaran Crocker). Gambar ini diambil oleh jurugambar semasa majlis Sambutan hari Warga Pendidikan Peringkat Zon Pegalan pada 11bb Julai 2012. Gambar ini diambil di Dewan terbuka di TBC. Udaranya segar, penuh dengan pokok2 yang tinggi dan kelihatan hutan tetapi hutan yang dilindungi.  Memang cantik di TBC dan inilah salah satu tempat yang menarik di Bandar Keningau kini. Memang ramai yang datang berkunjung di Taman Banjaran Crocker. Marilah warga Keningau bersyukur kerana ada usaha yang murni Jabatan Perhutanan menyedia dan menjaga Taman Banjaran Crocker ini.

Satu perkongsian ikhlas
etuza.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Jumaat, 13 Julai 2012

ikan emas movie ( Punyalah lama upload ~ tapi happy ~berjaya!!!


السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Lama dah movie ni, ialah nak sharing dengan
kawan2 maya. 
Tapi hanya 3 minit ja..
Apapun jemput tengok ikan berenang - renang
di mini kolam di halaman rumah etuza.
Diharapkan anda semua suka ikan berenang-renang 
tu ya. 
Masa movie ni etuza ambil agak kabut airnya
tapi masa sekarang ni, jernih selepas
bersih selepas setiap hari hujan kala petang.
Insyaallah jika ada masa etuza
buat rakaman lagi ya.

Terima kasih .

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Subahanllah Ya Allah Syukran...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Subahanallah..

Ya Allah mudahkan urusan..
lapangkan dada kami...
Kuatkan emosi kami..
Berilah ruang waktu ..
Berilah kekuatan
Agar mampu menjana rezeki..
Agar mampu berusaha..
Agar mampu beroleh kejayaan
Rahamtilah rahmatilah rahmatilah..
Lindungi dari bala bencana..
Sejahtera atas redha dan berkatMu.
Amin ya rabbal alamin.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 11 Julai 2012

Antara Isi Ucapan Pn. Jamilah Padli Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Banner sambutan warga Pendidikan Zon Pegalan
2012. Tahniah sekolah etuza.

Mengabadikan kenangan bersama Cg Rosdi Rusiman
di hadapan banner yang memang big saiz.


Inilah pandangan dari Dewan Terbuka Taman
banjaran Crocker, Keningau. Memang
sejuk di pergunungan ( hutan ) yang
dilindungi oleh Jabatan Hutan ini.
Banjaran Crocker Keningau, merupakan
antara Taman- Taman di Sabah
yang semakin terkenal.

( sebagai pengacara, pergerakan terhad, maka sukar nak ambil gambar,
hanya ini yang dapat di rakam dalam kenangan etuza di Banjaran Crocker, Keningau, Sabah. Harap ada kawan2 yang sudi tag beberapa gambar
peristiwa itu ke FB etuza)

Pn. Jamilah Padli Timbalan Pegawai Pelajaran daerah, Keningau, merangkap sebagai Pegawai Perasmi majlis hari warga Pendidikan peringkat Zon Pegalan, Keningau, dalam ucapannya adalah seperti berikut:
1. Guru merupakan pendidik yang harus ada tanggungjawab kepada murid2 sekolah,pegang amanah itu dan bertugas dengan penuh didikasi dan jujur. Kehadiran di sekolah dikalangan guru2 amat ditekankan.
2. Guru jika tidak menjalankan tugas dengan betul serta sering tidak hadir bertugas di sekolah tempat mengajar bagaikan berhutang dan adalah salah besar jika tidak masuk mengajar di kelas yang diajar.
3. Selaras dengan kenaikan pangkat kepada beberapa guru di sekolah rendah yang dilantik ke DG44, maka tugas guru semakin besar, kerana ekoran dari kenaikan pangkat atau gred jawatan.
4. Rancangan mengajar wajib disiapkan. Dan katanya adalah berdosa jika guru tidak menjalankan tugas mendidik dengan betul.
5. Pegawai itu mengharapkan agar warga guru di Zon Pegalan tidak dalam tindakan tatatertib, perbaikilah mutu pengajaran dan berharap agar setiap sekolah di Zon Pegalan akan terus cemerlang dalam melonjakkan tranformasi pendidikan negara kita.
Itulah antara amanat Pn. Jamilah Padli 
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Sabah.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 10 Julai 2012

Skrip Majlis Hari Warga Pendidikan Peringkat Zon Pegalan, Keningau, Sabah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

aksi silat menyambut pegawai perasmi esok.
Etuza juga bagi latihan si 5 celik ni.
Esok pakai baju hitam seluar hitam dan 
tali pnggang merah tu...
pasti si 5 celik ni esok happy. 

inilah antara situasi di Banjaran Crocker Keningau ya,
ini kami datang petang tadi selepas SENAM ROBIK 1M1S1M

Sambung menyambung program agenda pendidikan ,...ha inilah 
situasinya, kena banyak sabar.

Majlis Hari Warga Pendidikan Peringkat Zon Pegalan, Keningau, Sabah.
akan diadakan esok iaitu 11hb Julai 2012
tempat : taman Banjaran Crocker Keningau
Jam : 7.30 pagi 
Acara pagi : Sukaneka dan majlis rasmi.
Pegawai Perasmi : Timbalan Pegawai Pelajaran
Daerah, Keningau, Sabah.

Penat tau! baru siap skrip sebagai pengacara.
Harap2 esok lancar mengacara. 
Nak sangat ada pelapis lain 
yang akan menjadi pengacara.
Sejak 1994 keluar ja dari maktab Perguruan
dan posting..inilah antara tugas etuza.
Kepada rakan blogger esok doakan etuza agar 
lancar ya.Ada pantun orgnal saya juga tau
khas majlis ni.

ini antara kata pengacara esok...

Pembukaan
ACARA 1.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
NYANYIAN LAGU SABAH TANAH AIRKU.

PENGACARA
MOHON HADIRIN BERDIRI TEGAK UNTUK MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN “NEGARAKU” DAN LAGU NEGERI “ SABAH TANAH AIRKU

HADIRIN SEKALIAN DIJEMPUT DAN DIPERSILAKAN DUDUK.

PENGACARA DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALU-ALUAN PEMBUKA BICARA.


ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT

TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI PENDIDIKAN MARI RAIKAN.
( pantan dari internet- copy ja)



BANJARAN CROCKER INDAH PANORAMANYA
TEMPAT WARGA PENDIDIKAN ZON PEGALAN BERUKUHUWA
MERAIKAN MAJLIS HARI WARGA PENDIDIKAN 
PASTI MENJADI SEJARAH TIDAK DILUPAKAN
( ini pantun orignal etuza ya)



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI

bla bla......


ACARA 14. SAMBUTAN HARI LAHIR guru yang lahir bulan Julai.- ADA MUZIK
KAULAH GURU, KAULAH PENDIDIK GENERASI, KAU TIDAK PERNAH LAYU DENGAN ILMU BARU, KAU TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA, KAU TABAH DAN SABAR DALAM MENJADIKAN INSAN BERGELAR MURID AGAR CELIK MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA.
penamat
 (Selamat Hari WARGA PENDIDIKAN  2012 kepada semua WARGA PENDIDIKAN ZON PEGALAN.Teruskan usaha mengangkat martabat profesion perguruan.Mendidik anak bangsa ke tahap cemerlang)
KALAU ADA TERSILAP KATA HARAP DIMAAFKAN, KERANA KAMI HANYA MANUSIA BIASA. YANG BAIK ITU DARI TUHAN YANG ESA, MAKA KITA PANJATKAN KESYUKURAN. TERIMA KASIH SAMPAI JUMPA LAGI PADA MAJLIS HARI WARGA PENDIDIKAN TAHUN 2013.
SEBELUM MENGAKHIRI PENGACARAAN majlis  INI, SAYA SELAKU PIHAK PENGANJUR INGIN MENYAMPAIKAN PESAN. “ KALAU MEMANDU, PANDULAH DENGAN CERMAT DAN BERHATI2LAH DIJALAN RAYA”  DENGAN KATA2 ITU KAMI SUDAHI DENGAN UCAPAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULHI WABARAKATU.
JUMPA LAGI.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

SKRIP PENGACARAAN DISEDIAKAN OLEH CG ETUZA ( SELAKU PENGACARA UTAMA DAN  TIMBALAN SETIAUSAHA SAMBUTAN MAJLIS HARI WARGA PENDIDIKAN
ZON PEGALAN 2012.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Izan ~ Benih bunga itu ialah Bunga Baiduri Ya! please sila tanam ya..

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


      Petang hari ini, sebaik balik dari Taman Banjaran Crocker sempat sebelum solat maghrib etuza online internet, ialah mestilah buka pintu blog Pesona Etuza kan. Nampak komen Izan Mama Mia, dia dah terima hadiah dari etuza. Tapi katanya apa nama benih bunga tu? tolong bagitau katanya. Aduh...saya rasa happy sangat sebab hadiah ikhlas dari etuza dia dah terima, cuma tertanya dalam hati, benarkah Izan Mama Mia tak kenal benih bunga tu. Mudah ja, benih bunga tu ada duri pada batangnya dan berdaun hijau panjang. Di tempat Izan Mama Mia, memang tak ada ke bunga ni?. Wah kalau macam ni etuza dah buat satu kejutan kepada semua kerana bayangkan benih bunga etuza dah naik kapal terbang dan sampai ke tanah seberang di tempat Izan Mama Mia pula tu. 

Wahai Izan Mama Mia benih bunga tu ialah BUNGA BAIDURI YA. Kerana bunga tu berduri maka dinamakan BUNGA BAIDURI. Apapun kepada Izan Mama Mia, please sila TANAM tau, supaya pada suatu masa bunga etuza tu akan membiak dan menjadi penyegar udara di tempat IMM  nanti. Kalau nak tanam, jika tinggal di perumahan kenalah cari tanah hitam ya yang subur, ataupun jika ada keikhlasan tu belilah baja ya baja subur. 



izan mama mia, cantik kan bunga ni..mekar bunga ni tahan lama tau!

Ok cara nak tanam jika di pasu ( pasu kecil pun tak apa lihat pasu etuza dalam gambar ya bukanpun besar sangat ya IMM)
1. Masukkan tanah tu dan tanamlah benih bunga baiduri tu ya.
2. Kena siram pagi petang untuk awal penanaman agar cepat tumbuh akar bunga tu .
3. Kalau dah mula menampakkan daun letak baja subur disekeliling batang bunga baiduri tu.
4. Kalau letak baja khas untuk tunaskan bunganya boleh juga letak sekali dengan baja subur. Tapi letak baja tu setengah sudu kecil ja ya.

5. Lihat pasti akan keluar bunga2nya seperti bunga2 baiduri dalam gambar2 ni yang baru etuza ambil petang tadi KHAS UNTUK TATAPAN MAMA MIA IZAN YA.


izan mama mia, inilah antara bentuk & jenis  bunga pada benih hadiah 
tu..nak try tak tanam...cuba ya..

Ok bye2 mama izan mia.
Versi bunga etuza/12.
Kepada IMM! Suka Tak!!hehe.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini