Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 29 Mac 2010

Sekadar yang ada tidak lengkap jika tidak bersyukur..syukurilah nikmat kehidupan ini, memberilah selagi ada..


Bulan ini jelas kelihatan di depan rumahku.
Kadang nampak bulat bercahaya dan seolah ada
objek pada luarannya, kadang-kadang aku lihat
seolah ada ukiran tulisan jawi pada luaran itu.
Petang hari ini aku lihat bulan itu masih jelas
kelihatan di langit depan rumah kami. Bila
Melihat bulan segera aku insaf bahawa kuasa Allah
memang sangat luar biasa. Subahanlllah.

Ular hijau ini biasa kita nampak di lingkaran ranting
kayu. Kali ini ular ini berada dipintu luar rumah etuza
pada awal pagi 28hb Mac 2010. Sudah mati akibat digigit oleh
kucing kesayangan kami yang berwarna hitam dan
kuning. Bayangkan jika ular ini menyusup masuk ke
dalam rumah kami. Ya Allah saya amat bersyukur
kerana ada haiwan yang membantu menyelamatkan
rumah kami dari dimasuki ular ini. Ya Allah ampuni
dosa kami jika kami memelihara kucing dan ikan
maka kami lalai memberinya makanan. Lihatlah
betapa kejadian ini satu tanda luar biasa kuasa Allah
Syukran Ya Allah hu alam.
Demi sayang dan tanda kasih, merekalah amanah
Allah kepada kami. Atas kometmen Nur Aliya ber
umur 5 tahun menyahut cabaran ke sekolah
Tabika Kemas dan pergi ke kelas Agama
setiap petang selasa hingga jumaat, maka selaku
ibubapa kami beri dia hadiah kesukaannya. Malangnya
basikal ini hanya berada dalam rumah sahaja kerana
rumah kami di kawasan berbukit dan berbatu. Hadiah basikal
ini juga kami beri atas usahanya menghafal surah
Al- Fatiha.Alhamdulillah.
Ikan peliharaan di dalam kolam. Dah tiba masa
ikan2 ini di tangkap. Seronok menangkap ikan di
dalam kolam. Tangkap 9 ekor yang besar2 sebesar
tapak tangan lelaki dewasa. 6 ekor kami berikan
pada ipar adik kepada wife saya yang kebetulan
menziarahi kami dihujung minggu. 3 ekor mama
buat sup ikan air tawar untuk anak-anak.

Tak apa, anak-anak ikan dalam kolam selepas
setahun dipelihara semakin banyak. Anak-anak
ikan itu pasti cepat membesar apabila dijaga
dan diberi makan oleh tuannya.

Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Selagi ada memberilah dengan ikhlas hati. Dikatakan bahawa tidak diberi rezeki seseorang itu melainkan ada orang lain atau binatang lain berkongsikan rezeki itu. Dikatakan bahawa rezeki itu diberi kepada kita melainkan sebagai ujian kepada keimanan kita dan ketaqwaan kita kepada Allah seru sekalian alam. Selain daripada itu, apapun yang kita ada walaupun sekadar cuma bersyukurlah kerana jika kita menikmati rezeki yang kita ada lalu kita lupa bersyukur maka kita memiliki rezeki itu adalah tidak lengkap, kita bagaikan melupakan kehebatan kuasaNya dalam memakbulkan impian kita seketika di dunia pana ini.

Janganlah bongkak sekalipun pada binatang seperti kucing atau haiwan lain, insyaAllah jika kita menjaga dan memberinya makanan kita akan mendapat hikmahnya. Sesungguhnya tidak dijadikan semua hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan melainkan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Seandainya haiwan itu tidak bersalah, usahlah disakiti, kerana azab dan balasan Allah akibat perbuatan kita itu amatlah dahsyat, pedih dan teramat sakit. Hulurkan ehsan kita kala menjumpai haiwan seperti kucing yang kelihatan miskin dengan makanannya. Usah lupa bahawa betapa besar ganjaran pahala dari Allah apabila kita memberikan bantuan kepada hidupan lain yang memerlukan bantuan dari kita.

N3 ini saya sudahi dengan menyatakan SALAM TERIMA KASIH kepada saudara ALIMAZ ( kembara terasing) atas kesudiannya memberikan AWARD indah ini kepada EWWK. Bila dapat AWARD rasanya kehadiran etuza dalam arena blogger maya diterima. Apa yang baik itu datang dari yang maha Kuasa dan perkara yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri sebagai manusia yang tidak sempurna.



Award dari alimaz ( TQTQTQ)




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Khamis, 25 Mac 2010

Suasana mesyuarat khas motivasi tahun 6 fasa 1 SKPK 2010

Mohd Nick Irfan ( gambar semasa melawat
kakak & abangnya di SMK Agama Ranau, Sabah)
Merupakan calon UPSR SKPK 2010.

Selamat kembali bertugas kepada Cikgu Piah
selepas bercuti bersalin selama 60 hari. Hari
pertama bertugas terus ada mesyuarat...

Pelatih Guru Cik Salamie, Cik Siti Zainon & Cik
Norhayati Wasimin tersenyum gembira nampaknya.

Cikgu June V..hai cikgu baca surat cinta ke.

PK HEM Pengerusi mesyuarat kem motivasi
fasa 1 SKPK 2010

22hb Mac. 2010 bersamaan hari Isnin jam 1.00 petang SKPK julung kalinya mengadakan mesyuarat khas Kem Motivasi Fasa 1 tahun 6 2010. Mesyuarat berlangsung hingga jam 2.30 petang. Keputusan sebulat suara agar diadakan kem motivasi ini pada 7. April 2010.

Bekas pelajar SKPK iaitu Cik Norhayati Wasimin merupakan jemputan khas sebagai penceramah sempena kem motivasi ini. Pilihan ini rasanya tepat kerana Cik Norhayati kini yang dulunya bekas murid SKPK telah berjaya memasuki Universiti di UMS Sabah dan sedang dalam latihan mengajar KPLI 2010.

4 mata pelajaran teras UPSR merupakan sasaran utama yang akan disampaikan kepada calon UPSR dengan menekankan konsep belajar secara berkumpulan dengan bimbingan fasilitator yang akan di lantik nanti. Etuza julung kalinya menjadi pilihan sebagai juruacara majlis rasmi kem motivasi ini. Rasanya, perlu berehat dari juruacara, berikan peluang kepada tenaga baru dalam pendidikan SKPK. bagaimanapun sebulat suara memilih Etuza, insyaallah akan buat yang sebaik mungkin.

2009 puteri etuza Azie murid tahun 6 masa itu meniti pengalaman dalam program Kem Motivasi fasa 1 & 2 di SKPK. Nampaknya tahun 2010 sekali lagi anak lelaki etuza Nick Irfan sebaris dengan murid lain atau calon UPSR SKPK tahun ini akan melalui pengalaman dalam kem motivasi fasa 1 SKPK kali ini. Sebagai ayah kepada Nick Irfan tiada lagi yang mampuku buat selain terus berdoa agar dia dan kawan-kawannya beroleh tambahan ilmu di dalam program ilmuan ini. Dengan itu akan menambah keyakinan diri menempuhi peperiksaan UPSR pada september 2010 nanti.

Salam perjuangan SKPK berbakti berbudi mulia.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Rabu, 24 Mac 2010

Sudah masanya kita berpisah...SAA 4138 T dalam kenangan



Dulu ke mana pergi aku bawa dia pergi bersama. Dulu dia amat menawan, berwajah putih berseri dan ramai orang menyukainya dan menyentuhnya tanpa jemu. Biasalah waktu itu pada tahun 1996 dia masih baru dan wangi. Di desa dialah yang pertama di bawa masuk ke desa halaman. Tidak hairanlah dia disukai kerana kecantikan yang dia perlihatkan. Sebagai tuannya, dia disuci, dibelai dan dibersihkan pada setiap masa.

Sepanjang dia berkhidmat dengan tuannya dan keluarga tuannya, dia ada juga meragam akibat kepenatan dan masalah tuan dia kurang memberi perhatian tentang urat sarafnya. Satu peristiwa yang amat tidak dilupakan tentang dia ini, pernah adik tuan membawanya untuk dijadikan keenderaan sementara ( dipinjam). Tuan dia sangat baik hati dengan mengizinkan adik lelakinya memakai dia tanpa sesenpun sewa. Tuan saya ikhlas asalkan adik tuan saya menjaga saya. Malang sekali apabila adik tuan saya itu pada suatu hari lupa menutup tangki minuman dia. Hingga suhu pada badan dia menjadi panas dan tidak boleh dihidupkan lagi. Ini akibat air dalam tangki dia habis dan injinnya menjadi panas. Tuan saya sangat terkejut dan meminta seorang mekanik yang merupakan kawan tuan saya membawa saya ke workshop untuk di beri rawatan




Sejak dari peristiwa itu tuan dia menjaga dia dengan penuh kasih sayang. Kini usia dia mencecah 15 tahun dan pada usia ini, memang banyak masalah dalaman dia. Tetapi apa yang menarik ialah badan saya masih putih berseri apabila tuan dia menghantar dia ke kedai makeup. Inilah keadaan dia masa kini. Tetap cantik dan menawan hati sesiapa melihatnya.Sebaik dia dicatkan semula...tuan saya membawa dia ke kampung halaman. Sejak dia balik ke pangkuan tuan dia, ramai datang bertanya khabar. Tuan dia tetap bertahan untuk pertahankan dia.Tuan dia masih ada hati untuk menjaga dia dengan penuh kasih sayang . Ada kawan tuan dia membisikkan harga, terdapat juga kawan dia memberitahu kelayakan tersebut.Apakan daya akhirnya dia terpaksa berpisah dengan tuannya dan anak -anak. Sedih juga berpisah dengan dia kerana dia terlalu berjasa. Ya memang dia terlalu banyak berjasa. Apa boleh buat, tuan dia tidak berdaya lagi hendak mempertahankan dia lagi.

Pergilah dengan tenang bersama tuan yang baru, tuan sudah merelakan dan memohon agar dia menghalalkan segala jasa budi dia pada tuannya. Terima kasih kepada SAA 4138 T. Kenangan memori bersama menjadi kenag-kenangan yang indah dalam kehidupan tuan. Semoga tuan dia yang baru akan mampu menjaga dia dengan penuh kasih sayang.

Selamat tinggal NISSAN VANNET C22 No flat SA 4138 T, selamat memandu tuan dia yang baru. Sampai bilapun tidak sanggup berpisah dengannya, tetapi keadaan memaksa kita berpisah. Kalau difikirkan 15 tahun bersama merupakan usia yang panjang. Pasti keakraban terjalin, kasih sayang terjalin. Dia pernah mengikut tuannya ke kebun sana-sini, menganggkat hasil tanaman dan digunakan kenderaan pinjaman ( disewa) beberapa kawan tuannya. Tapi kini semua itu hanya kenangan yang tidak mungkin akan kembali.

Pergilah dengan tenang dan berbaktilah pada tuan baru mu, semoga dengan tuan baru mu, dirimu akan lebih terjaga dengan sentiasa dibersihkan dan paling penting ialah dirimu dimanfaatkan dengan pelbagai kegunaan.

EtuzaWarnaKehidupan mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan tuanmu yang baru. Alahmdulillah atas kurnia Ilahi...sesungguhnya tiada yang abadi di dunia pana ini selain amalan yang baik. Harta benda itu pinjaman semata tika nyawa dikandung badan. Yang abadi dan di bawa mati ialah amalan yang baik yang pernah kita lakukan. Terima kasih kepada yang sudi menerima SA 4138 T seadanya.

Sayonara NISSAN VANNET.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Selasa, 23 Mac 2010

Kenangan & pose istemewa di MTQ 23.3.2010

Salam semua. Kali ini n3 gambar-gambar sempena majlis tadarus al-quran di laman EtuzaWarnaKehidupan. gambar ini boleh menceritakan keadaan dan situasi perjalanan MTQ 2010 yang berpusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor, Keningau, Sabah.

Gementar..tunggu giliran...hehe..
Radi Irfan bergaya dengan busana baju merah

Sempat buat pose istemewa Ismat Afif
anak lelaki EtuzaWarnaKehidupan.

Sedih ke ni...Ustazah Salmie

Ha inilah juara bercerita sirah nabi junjungan
Johan dan tempat ke 3

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Pengalaman di sebalik MTQ pada 23.3.2010

Johan nasyid ( SM. Gunsanad Keningau)

Blogger Cik Jalifah ( warna kehidupan) bergambar
bersama Nur Hijratul & Md. Ismat Afif

Johan berjanji ( SMK Keningau 11 )

Bersua pula dengan kawan school mate Cikgu
Fransisca Peter ( mengajar di SM. Bingkor
Keningau)
Alamak anak buah pula ni..Radi Irfan anak sepupu
Etuza. Baru pindah ke SMK Keningau dari SMK Agama
Mohammad Ali.
Bersua pula dengan sahabat blogger Jalifah M
( Warna Kehidupan / colourful live ) ceria saja nampak
Cik Jalifah ni ..semasa bersemuka dengan
ustazah Rupiyah Jusrie.

Etuza bersua dengan teman belajar di UMS
Ustaz Wajimin Majanap ( mengajar di SMK Gunanad
Keningau)
Bersua dengan adik perempuan Etuza
Ustazah Salmi Ayub, jurulatih nasyid Zon SOOK
Keningau.
Mengabadikan kenangan bersama
Ustaz Salleh Hdin Rusinin pembimbing
bercerita peserta Zon Pegalan, Keningau.

Gambar ini baru datang hendak mendaftar diri
ke meja urusetia, waktu pagi jam 7.30 hujan
di Keningau, tulah bawa payung tu.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Johan & Tempat ketiga Wakil Zon Pegalan kategori bercerita SR sempena MTQ peringkat Daerah Keningau

Tropi & Sijil kemenangan Nur Hijratul
(Johan) Mohd Ismat Afif ( ketiga) kategori bercerita
Sirah Nabi L & P SR.

Md. Ismat Afif di pentas terima award tempat
ke 3 bercerita L, SR.

Barisan hakim bercerita

Aksi Nur Hijratul bercerita P SR

Aksi Md. Ismat Afif bercerita ktg L SR

Hari ini bersamaan 23.3.2010 ( Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor, Keningau, Sabah Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ) sempurna dilaksanakan seawal jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang.

MTQ telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Keningau En. Raisin Saidin. Banyak acara yang telah dipertandingkan mengikut kategori SR dan SM mengikut Zon masing-masing. SK. Penagatan, Keningau dengan kejayaan Mohd Ismat Afif Md Zali ( cerita/ sirah nabi) dan Nur Hijratul Morinus ( cerita/ sirah nabi ) menewaskan beberapa peserta dari sekolah-sekolah peingkat Zon Pegalan dalam pertandingan bercerita pada 12.3.2010 secara langsung menjadi wakil sekolah-sekolah di Zon Pegalan dalam kategori bercerita lelaki dan perempuan SR berpuas hati dengan kemenangan Nur Hjratul Marinus ( Johan) bercerita perempuan SR serta tempat ketiga Mohd Ismat Afif ( ke 3) bercerita lelaki SR di MTQ tahun 2010. Syabas dan Tahniah kepada kedua-dua murid ini kerana telah mengharumkan nama SK. Penagatan, Keningau, Sabah. Di fahamkan bahawa Nur Hijratul Marinus akan terus menjadi wakil daerah Keningau ke MTQ peringkat Bahagian pula yang akan diketahui tarikhnya kelak. Ismat Afif berpuas hati dengan percubaan pertama dan pengalaman pertamanya menyertai MTQ yang julung kalinya ini di tempat ke 3.
Meninjau MTQ, etuza ( penulis ) dapat melihat banyak manfaat pada program tahunan ini dalam bidang Agama Islam. Di sinilah kita dapat menggilap dan mencari pelajar untuk diketengahkan sebagai role model kepada pelajar lain. Pelajar yang begitu halus suara menyampaikan surah dalam kategori hafazan, peserta yang mampu berqsidah dengan iringan cuma paluan kompang dan rebana amat memukau. Bgitu juga dengan acara tilawah Quran. Pelajar-pelajar ini secara langsung terdidik mendisiplinkan diri, membina keyakinan diri untuk tampil dikhalayak ramai, bersabar dan berusaha serta dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Selain itu pelajar juga dapat mengenali para nabi yang berjuang menentang kejahilan. Penulis berpendapat bahawa MTQ satu program aktiviti keagamaan yang sangat sesuai untuk diterusan di masa-masa akan datang.
Johan keseluruhan MTQ 2010 telah disandang oleh SM. Gunsanad, Keningau. Manakala Johan keseluruhan sekolah rendah ialah SK. Bingkor, Keningau ( tuan rumah). Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PPD En. Raisin Saidin.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Ahad, 21 Mac 2010

Cinta dan alam perkahwinan zaman lampau berbeza masa sekarang



Perkahwinan antara kaum Adam dan Hawa itu merupakan sunah Nabi junjungan yakni Rasulullah S.A.W. Kepada lelaki yang sudah dewasa, cukup syarat dan mampu memberikan nafkah zahir batin kepada seorang wanita adalah dialu-alukan untuk mendirikan rumahtangga agar dapat mengelak dari melakukan kemaksiatan seperti zina.

Zaman dulu lain zaman sekarang lain, pemuda dan pemudi suka memilih sendiri calon untuk dijadikan suami atau calon isteri. Kalau dulu teguh dan bulat mengatakan bahawa " Perigi mencari timba" amat memalukan, terbalik pula masa sekarang kerana kata-kata itu tidak bernilai lagi kerana zaman sekarang berlaku wanita datang meminang atau melamar lelaki. Atau lebih jelas bahawa wanita yang memilih lelaki mana dijadikan suami. Namun keadaan seumpama ini bukanlah berlaku pada semua wanita tetapi adalah beberapa orang wanita melakukan situasi ini di negara kita. Tetapi di negara lain memang inilah keadaan yang kerap berlaku.

Wanita masa dahulu cukup menjaga maruah diri dan keluarga, mereka mempunyai budi dan kesantunan yang tinggi. Mempunyai perasaan malu yang tebal terhadap kaum lelaki. Sebab itu kita jarang mendengar berita atau melihat teruna dan dara berpimpinan tangan, berdua-duaan di tepi pantai atau di kebun bunga. Jauh sekali kita melihat keadaan lelaki dan perempuan melepak di khalayak ramai serta terang-terangan berdua-duaan di tempat terdedah. Jika keadaan ini berlaku ianya dianggap suatu yang sangat memalukan dan menconteng arang ke muka keluarga. Berlainan pula masa sekarang, diadakan pesta terutama musim Kasih Sayang ( valentine ) hari kasih sayang dengan memperagakan pasangan masing-masing. Mereka berpesta hingga akhirnya berlakulah kejadian yang melangar agama khususnya agama Allah ini. Keadaan rela diperlakukan sedemikian oleh kaum wanita semata-mata untuk membuktikan kasih sayang dan cinta kepada lelaki idaman atau keadaan itu berlaku apabila kedua-duanya hanyut dengan tidak sedarkan diri kerana bermabuk-mabukan sehingga larut malam. Sayang sekali apabila menyedari keadaan maruah telah di ragut menyesal kemudian tdak berguna. Sungguh menakutkan lagi apabila lelaki yang telah merampas maruah dan kesucian mahkota wanita itu tidak bertanggungjawab atas perbuatannya. Tamparan berlaku lagi kepada para wanita. Di sinilah keadaan kata-kata orang " habis madu sepah dibuang". Kasihan tidak berguna lagi.

Cinta masa kini, konon tidak bemakna jika tidak selalu berjumpa. Cinta sekarang adalah lebih bermotifkan nafsu serakah. Membuak di dada kerana terlalu tipis iman dan mengikut hasutan iblis laknatullah. Kata oarang cinta sekarang tidak indah jika tidak ada keadaan berkunjung - kunjungan ke rumah lelaki dan perempuan, kononnya untuk lebih kenal keluarga lelaki itu atau wanita itu. Tetapi apa yang berlaku selepas lebih kenal mengenali..mereka berjinak pula dengan perbuatan terkutuk yang sepatutnya di nikmati pada malam selepas di ijab kabulkan secara sah. Sayang sekali maruah tergadai dan cukup murahan. Ekoran dari perbuatan itu kes pembuangan bayi yang tidak berdosa terus berlaku. Kenapa tidak bertanggungjawab untuk menjaga bayi yang tidak tahu kenapa dia wujud ke dunia. Mengapa dua insan itu hanya tahu menikmati kenikmatan berasmara tetapi benih yang terhasil tidak dihiraukan, padahal anak itu adalah rezeki dan harta tidak ternilai kurnia Ilahi. Kepada pasangan yang bercinta dan cepat bertindak bertaubat mungkin akan menginsafi perbuatan dosa lalunya kemudian memohon ampun kepada Allah akan terselamat dari musibah lain. Nauzubillahi.

Menurut pembacaan saya pada satu laman di blogger bahawa, katanya pasangan yang berkahwin atas dasar cinta suci pada mulanya, kemudian saling merelakan serta mereka bagaikan pasangan suami isteri padahal belum berkahwin secara sah. Setelah mereka berkahwin dan mendirikan rumah tangga, nikmat perkahwinan itu mereka tidak mengalami lagi. Akhirnya nikmat kelazatan berkahwin dan berumahtangga itu langsung tidak dirasai kerana kenikmatan itu telah di cabut oleh Allah. Sayang sekali, jika keadaan ini berlarutan terhadap pasangan itu maka tidak hairanlah jika penceraian akan berlaku. Perpisahan akhirnya akan berlaku mengakibatkan ramai insan lain yang turut terluka. Inilah sinario cinta zaman sekarang. Keadaan ini agak kerap berlaku akibat situasi atau keadaan yang terlebih biasa sejak bercinta.

Berbalik kepada cinta masa dahulu, cinta dan kasih sayang berputik selepas mereka dikahwinkan atau dinikahkan oleh Tok Kadi. Kemesraan terjalin utuh kerana mereka baru berada dalam era saling mengenali hati budi masing-masing. Selain nikmat rumahtangga mereka yang bahagia, mereka juga akan dikurniakan zuriat yang solleh dan soleha. Suami kelihatan sangat bertanggungjawab terhadap isterinya. Tidak mustahil apabila kasih sayang terpupuk, maka kebahagiaan dan kegembiraan akan berterusan dalam keluarga sakinah ini. Rumahtangga mereka kemudian akan berkekalan sehingga bila-bila. Inilah nikmat rumahtangga yang sebenarnya. Kita mahukan kebahgiaan yang berpanjangan dan kekal hingga akhir zaman. Anak-anak yang lahir secara sah dan di redhi oleh semua umat manusia.

Terbukti dan kebanyakan yang kita lihat ibubapa dan datuk nenek kita begitu lama bertahan dalam membina rumahtangga mereka hasil dari cinta pertama yang berputik selepas dikahwinkan atas dasar pilihan keluarga. Perasaan cemburu mereka kurang tebal, mereka matang dalam hal urusan membentuk rumahtangga yang terbaik untuk mereka bersama. Antara dasar kerukunan rumahtangga mereka antaranya ialah lelaki yang menjadi suami itu mempunyai kepimpinan dan tanggungjawab penuh dan merasakan tanggungjawab mereka itu adalah amanah. Kukuh iman dengan ketaqwaan terhadap agama Allah dan sentiasa menjaga maruah dengan tidak bergaul bebas dengan kaum wanita. Mereka juga berkahwin pada usia yang matang dan dibenarkan oleh syariah. Berbanding sekarang ramai pasangan yang berkahwin berwalikan hakim akibat tidak cukup umur ketika berkahwin terutama calon isteri.

Memang jelas pada kita bahawa cinta dan alam perkahwinan zaman lampau sangat jauh berbeza di zaman kita sekarang. walaupun masih ada amalan berkahwin kerana pilihan keluarga masih berlaku sebenarnya masa sekarang tetapi masih boleh dikira. Berbanding perkahwianan atas dasar bercinta dahulu dan saling mengenali sangat jelas ketara masa kini. Malah lebih teruk lagi jika kita katakan keruntuhan akhlak para remaja masa kini sangat-sangat membimbangkan, ini kerana ramai dikalangan remaja mereka sudah biasa malah gian melakukan zina. Inilah yang merosakkan akidah dan meruntuhkan kesucian agama Allah.

Sebelum mengakhiri kita lihat beberapa maklumat ringkas siapakah lelaki yang layak berkahwin dan mencari pasangan atau calon isterinya. Salah satu syaratnya ialah :
* Lelaki = Islam, baligh, berakal. tidak dalam ihram haji/ umrah, tidak dipaksa, tidak
beristeri 4, lelaki yang tertentu dan bukan muharamnya perempuan yang ingin dikahwini.

* Perempuan = Islam, tidak dalam ihram haji/ umrah, bukan isteri orang, tidak dalam idda, cukup umur, perempuan tertentu ( bukan saudara)

Wasalamualaikum







Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

Post penghargaan ikhlas kepada pengikut EWWK hingga 21.03.2010




Pengikut fasa 5 ( Jumlah Pengikut 230 Blogger )









































Pengikut fasa 4 guna template skin corner ( template sekarang )










































Pengikut fasa 3 guna template skin coner ( template sekarang)




Pengikut fasa 2 masih guna template flickr gebu




Pengikut seawal berbogger ( guna template flickr)



Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.
Apa khabar anda semua, perhatikan wajah andakah anda termasuk di dalam lingkungan blogger di dalam pengikut EtuzaWarna-WarnaKehidupan yang telah mula membina blog pada Ogos 2009.
Hingga kini bertarikh 21.3.2010 genaplah 230 pengikut EWWK ini.

Kepada semua pengikut EWWK selamilah puisi tidak seindah ini, lambang kasih sayang dan penghargaanku pada anda semua. Berkunjung ziarah kemudian mengikuti EWWK merupakan satu ANUGERAH yang sangat ISTEMEWA untuk saya selaku blogger kerdil. Saya merasakan satu getar ilusi yang sangat indah rasanya, pada saya inilah NIKMAT lazatnya menjalinkan ukuhuwa di alam maya. Sesungguhnya kita bagaikan berjiran di alam maya, saling menyapa dengan kalimah SALAM ALIKA , kita bersama dalam menuju iman dan taqwa, walaupun hanya dengan kata bicara tetapi rasa ini sangat beharga bagi saya. Maka kerana itu saya mengandaikan bahawa kehadiran anda memberi warna dan rasa keindahan dalam kehidupanku.

Akhir sekali terimalah puisi kerdil dari EWWK.

Sesekali berpaut pada ilusi masa
Halus bak angin sekelip cuma
Terkial genggam erat takut ketinggalan
Aduhai terlepas juga akhirnya
Biarpun eratku genggam temali masa
Hanya kesan disisakan
Di danau hati

Siapalah aku
Dalam mengejar ilusi masa yang amat halus
Seketika tenggelam oleh ledakan
Mendung hitam nan pekat gelita
Tercungap dan lesu
Sebegitu kerdil mempertaruhkan
Etuza warna-warna kehidupan
Memberi, menerima, mengamalkan
Semua yang terbaik dari insan blogger
Bersahutan melagukan dakwah
Bak menghampar kerlipan bintang
Di angkasa nan bebas
Biar rimbun bintang bersinaran
Tetap muncul sinar bintang paling ungul
Merantingkan kalimah bicara bak butir mutiara
Menyuluh jiwa iman bercahaya
Dan yang pasti bintang unggul itu
Bukan Etuza Warna Kehidupan

Syukur kehadrat Ilahi
Sesekali memberi aku mengenggam
Temali masa..menyinggah
Bak mengetuk pintu laman para maulana maya
Mengukir lah keunikan wajah di kalbuku
Menghampar begitu menggamit rasa
Percayalah terlalu aku menghargai
Sukar kugambarkan ilusi rasa ini
Hanya sekadar ku katakan
Bahawa
Wajah dan tinta anda
Telah mewarnakan hari-hari
Etuza Warna Kehidupan..


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini